::KATAKU::
kitA hAnyA iNsAn biAsA yAnG tAk mAmpU uNtuK puAskAn hAtI sEtiAp iNsAn LaiN..yAnG pEntinG kitA tAhU siApA diRi kitA SudAh mEmAdAi
Saturday 8 December 2012
saya SAYANG mereka!
Wednesday 31 October 2012
BUMI KENYALANG :))
Monday 18 June 2012
walaupun PAHIT, MANISnya masih ada
Thursday 3 May 2012
28 APRIL 2012 akan ku ABADIKAN segalanya!
mula2 28 April besday ziza.. hehe.. alamak, dah 20 tahun lah ziza.. dah cukup matang dah kalau untuk seorang perempuan kan? hehe.. tak pe2, still muda lagi ok.. huhu.. besday ziza, pujangga hati bagi hadiah.. comel sangat.. tahu tak dia bagi apa? dia bagi ziza puzzle yang ada gambar ziza dan ucapan2 manis.. sweet sangat.. ziza tanya, " kenapa letak gambar nih? " dia cakap, " dalam gambar nih, awak nampak cubby " .. yooo! gambar yang cubby jugak die nak amik.. amik lah edisi kurus sikit.. hehe.. apa pun, puzzle itu sangat comel.. LIKE IT! hehe.. edisi malam, angah ziza bawak pegi makan.. peghh! makan besar lah kan.. dengan anak buah ziza dan adik kakak ipar ziza.. hehe.. tapi, tiada seri nya juga jika BONDA tercinta tiada di sini meraikan detik keriangan.. AL- FATIHAH~
Ok yang kedua, 28 April 2012 ziza dapat anugerah kualiti dari pihak sekolah.. sangat HAPPY rasa hati.. mana tidak nya, sepanjang ziza kat skol tuh, tak pernah dapat anugerah atas pencapaian exam ziza.. "tu lah, banyak sangat main kau nih ziza.." hehe.. anugerah koko tuh penah lah dapat.. so, memang tersangat lah teruja bila di undang dengan majlis segah nih kan.. ALHAMDULILLAH ziza
Tuesday 1 May 2012
beza antara SUKA dan CINTA
- di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira..
- di hadapan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin je..
- jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum..
- di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej kita yang sebenar..
- di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa sahaja..
- kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka..
- bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk buat dia gembira..
- perasaan suka bermula dari telinga.. jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang umpama kita membuang telinga kita..
- di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang..
- di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga - bunga..
- jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku..
- di depan orang yang kita cinta, kita akan menjadi malu..
- di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata - kata..
- kita tak akan merenung mata orang yang kita cinta..
- bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis..
- perasaan cinta bermula dari kata.. jika kita menutup mata, cinta akan berbuah menjadi airmata..
entry nih TAK ADA KAITAN langsung dengan sesiapa kayh! " ilmu tu akan lebih bertambah jika dikongsi.. tetapi, ilmu boleh berkurangan bila disimpan sendiri "
Sunday 22 April 2012
kalian adalah SAHABAT!
ha, nampak tak gambar kat atas nih? nama dia MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN ABDULLAH..ha, hansem tak? haha..dia nih tak pernah lah satu kelas dengan ziza..dia jiran ziza..bukan jiran sebelah rumah lah..jiran kelas ziza je dulu..hehe..kelas dia dulu belakang kelas ziza je..so, kalau kelas dorang nak pegi makmal ke, bengkel ke, apa ke..memang selalu lah nampak..tak kan tak nampak kan..dah lalu depan kelas kot..hehe..tapi, tak pernah plak tegur..baru2 nih je baru tegur2..tu pun kat FB kayh..dah habis sekolah baru lah nak tegur2 nih kan..biase lah tu, baru matang lah kata kan..sekarang nih, amir nih belajar kat UPNM..die nih memang pandai lah..best kawan dengan dia..cakap pun kadang2 tu ada lah isi nya.. :) best lah kawan dengan awak nih amir..
Tuesday 17 April 2012
TERIMA KASIH OJIE & ADAH!
ha,korang nampak kat gambar2 yang bergerak kat tepi tuh? mula2 ziza buat sendiri..lepas tuh ojie yang ajar cam mana nak buat..cantikkan? kalau ziza, semua benda ziza tak tahu buat kat blog nih..semua tanya2 orang je..hehe..ok lah kan.. 'malu bertanya, sesat jalan' hehehe..kebanyakan perubahan dalam blog nih, semuanya idea ojie..paling ziza suka kat blog nih tuh ha, tang HEADER kat atas tuh..cantik kan? nampak simple, tapi sangat NICE pada ziza..yang tuh ojie lah yg tolong buatkan untuk ziza..hehe..wish list pun ojie buatkan..icon2 comel, segala gadjet tambahan ojie yang tolong masukkan dalam blog ziza nih..hehe..
"Adah..terima kasih jgk sebab tolong ajarkan ziza buat page kat pesbuk tuh.." korang nampak tak kat tepi tuh ada page ziza? tuh hasil daripada adah yang ajarkan..hehe..sudi2 kan diri kalian untuk like jugak ye page ziza tuh..hehe..adah nih selalu ajarkan ziza tentang blog nih..kalau ada prob kat blog je, dan kebetulan dia on9..hehe..memang jadi mangsa pertanyaan ziza lah kan..kesian dia..tak senang nak buat keje layan ziza nih..sorry adah syg..hehe..
walaupun segala perubahan yang ada nih sebenarnya dah lama lah jugak, tapi ziza baru berkesempatan nak cerita tentang blog baru ziza nih..secara keseluruhannya, ziza SANGAT SUKA DAN BERPUAS HATI DENGAN BLOG BARU ziza nih..hehe..
( yang nih sahyang Ojie kot..hehe )
#Terima Kasih Adah Sayang #
( ha, yang nih ziza tahu, nih Gula-gula Kapas Adah..hehe )
Wednesday 11 April 2012
BERSAHABAT MENURUT ISLAM
Dalam hal ini Allah taala ade berfirman : "Orang2 mukmin ialah yang saling kasih-mengasihi antara sesama mereka itu" ayatullah ini menunjukkan supaya kita sayang-menyayangi dan kasih-mengasihi dengan sahabat2 kita..
Ada dua perkara iaitu berdiam diri dan berkata-kata..Berdiam diri maksudnya, sebagai seorang sahabat yang baik seharusnya kita tidak boleh bercakap2 tentang keaiban sahabat..bahkan perintah menutup aib org lain juga perlu dipraktikkan kepada seluruh umat manusia..Tidak menyebarkan keburukan sahabat baik semasa sahabat berada di depan ataupun tidak.. Dan jika sahabat itu bercerita kepada kita tentang rahsianya, tidak wajarlah kita menceritakan kepada sahabat2 yang lain pula..
Sabda Rasulullah : "Dua org yang duduk bercakap2 itu harus disertai dengan amanat.. Tidak halal salah seorang di antara keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak disenangi olehnya" H.R Hakim..
Umar r.a pernah berkata : "Ada 3 perkara yang dapat menjernihkan kamu mengenai kecintaanmu kepada saudara2mu iaitu, engkau mendahului mengucapkan salam sewaktu bertemu dengannya, hendaknya engkau memberikan ruang tempat duduk untuknya di dalam majlis dan hendaklah kau panggil ia dengan nama yang paling disukainya"
Memaafkan saudara adalah satu perbuatan mulia..baik kesalahan itu dilakukan secara sengaja ataupun tidak.. Jika kesalahan sahabat itu bertentangan dengan agama, wajiblah menasihatinya dengan ramah dan lemah-lembut.. Seorang ulama pernah berkata : "Kemuliaan hati ialah dengan jalan memberi maaf kepada kesalahan2 sahabat2mu"
Mendoakan sahabat baik semasa hayatnya ataupun matinya..Doakanlah kesejahteraan dan kejayaan saudara2 sebagaimana kita mendoakan untuk diri kita sendiri.. Sabda Rasulullah s.a.w : "Apabila seorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat : Kamu pun menerima sebagaimana doamu itu" H.R Muslim..
Wednesday 4 April 2012
perSAHABATAN itu INDAH!!
Tuesday 20 March 2012
KEGEMBIRAAN suatu KESEDIHAN pada diriku! *PART 2*
Sunday 18 March 2012
KEGEMBIRAAN suatu KESEDIHAN pada diriku! *PART 1*
Sunday 4 March 2012
MUHASABAH DIRI
Assalamualaikum warga blogger! Ha..ziza kembali lagi di entry yang lain kali nih..okayh!! kita tukar mood dari entry yang lepas ye.. kali nih ziza nak cerita tentang “muhasabah diri” plak ye.. kalau nak tahu lebih lanjut pe yang ziza nak cite nih, boleh lah teruskan membaca hingga tamat ye.. tapi kalau tak sudi, seperti biasa lah.. next blog kayh! Terima kasih sudi terjah blog yang tak seberapa nih..
Setiap yang berlaku pasti de hikmahnya.. betul tak? Selalunya Allah akan datangkan kita dengan pelbagai dugaan dan cabaran.. kalau kita tak mampu untuk hadapi cabaran tu, mesti Allah pon tak uji kita sebegitu rupa.. semua orang akan hadapi situasi yang sama.. ziza sendiri pon tak lari dari ujian dan dugaan dari Allah.. ziza percaya, kalian pon mungkin pernah rasa ‘give up’ kan? Tapi.. bila difikirkan balik, sebenarnya Allah saying kan kita semua.. yelah, kalau tak, takkan Allah sering kali menguji hamba – Nya kan..
Kita semua nih sama je di sisi Allah.. yang lain nya, IMAN DAN TAQWA kita je..amal kebajikan yang kita lakukan juga lah yang akan dihisab suatu hari nanti.. iaitu di padang masyar nanti.. ziza nih idak lah pandai bab2 agama nih.. tapi, sebagai suatu perkongsian sesame saudara seislam.. tak da benda yang nak dibanggakan dengan harta, pangkat, mahupun darjat seseorang tuh.. memang di dunia martabat seseorang tuh dipandang mulia.. disanjung tinggi.. tapi bila amal kebajikan kita nak dihisab nanti, Allah tak pandang semua tu..yang dikira, DOSA dan PAHALA..bukan HARTA mahupun DARJAT!
Setiap orang melakukan kesilapan.. setiap orang juga pernah salah dalam membuat keputusan..
Tapi, keadaan macam tu bukan lah kekal untuk selamanya.. kalau diberi peluang untuk mengubah keadaan, mengapa kita tak memanfaatkan semua tu.. misalannya, jika seseorang lelaki yang sering ditinggalkan kekasihnya, mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan diri lelaki tersebut.. betul tak? Bukan semua perempuan yang memandang harta benda, tapi kebiasaannya perempuan akan menilai diri seseorang lelaki itu.. setiap orang perlu untuk memuhasabah diri.. memperbetulkan apa yang perlu..
Manusia nih perlu berubah untuk menjadi yang lebih baik walau seteruk mana pun diri dia sebelum nih..
Jangan lah kita menghina perubahan seseorang tu.. mungkin kerana sikap kita yang acap kali dengki dengan apa yang dimiliki nya.. perubahan itu perlu jika menuju kea rah kebaikan.. tapi macam ziza cakap tadi, setiap orang tak lari daripada kesilapan.. betul kan? Bila seseorang tu nak berubah, jangan lah kita mengungkit apa yang pernah dilakukan suatu masa dahulu.. mungkin itu kesilapan lampau dia.. dan semua tu dah jadi sejarah pon kan.. kita perlu bangkit dan pandang ke depan untuk beroleh kejayaan.. bukan memikirkan perkara yang dah lepas dan mungkin semua tu kesilapan lampau seseorang tu kan..
Okayh lah! Entry nih dah tiba di penghujungnya.. ziza minta maaf kalau pe yang ziza cakap nih ada yang terasa hati.. ziza pun manusia biasa yang tak lari dek kesilapan..
#..kesilapan itu sesuatu yang perlu diperbetulkan untuk menghadapi hari – hari yang mendatang..#
~SEKIAN~
Friday 2 March 2012
HANYA SEKETIKA RINDUKU TERUBAT
Assalamualaikum.. entry kali nih ziza nak cite sal bonda ziza yang tercinta.. emm, khamis baru2 nih iaitu bersamaan 23 februari lah, ziza g “rumah” mak..agak susah jgk nak cari sebab “rumah” mak dah letak tanda baru..
‘mak..mak sedar tak adik datang masa tuh? Mesti mak sedar kan? adik tahu mak ada kat situ.. sebab adik dapat rasa mak dekat sangat ngan adik.. kan, kan? adik rindu sangat kat mak.. mak tak rindu adik ke? Kalau lah mak ada lagi kan.. mesti adik selalu cite – cite prob adik kat mak macam dulu..mak.. dah lama mak tinggalkan adik dengan kakak kat sini.. kakak pon rindu kat mak..sama macam adik..setiap kali adik tunjuk gambar mak, mesti kakak pegang.. penah laptop adik hampir patah kakak keja kan..
Mak.. adik tak tahu nak mengadu ngan sapa kalau ada masalah.. tapi kan.. mak selalu datang dalam mimpi adik kan.. mak.. adik minta maaf sangat2.. bukan adik tak nak pegi “rumah” mak selalu.. tapi adik tak kuat nak tahan air mata adik dari membasahi kawasan “ rumah” mak tu.. adik tak kuat lagi mak.. adik minta maaf.. hanya dari jauh adik dapat “dendangkan” mak dengan bacaan Yassin dan ayat2 suci..
Walau kita berada dalam alam yang berbeza lahirnya, tapi.. mak selalu dalam ingatan dan doa adik..adik jugak tak mampu lagi untuk membahasakan “arwah mak” bila bercerita tentang mak..lidah kelu bila nak menyebut arwah tu..mak lah ayah, mak jugalah ibu..malah mak jua yang menjadi sahabat adik..mak tinggalkan adik di saat adik memerlukan mak di sisi..bagai layang – layang yang terputus talinya adik waktu tuh mak..adik nak STPM, mak pula tinggalkan adik.. bukan adik tak boleh terima ketentuan Iilahi, tapi adik masih belum sedia untuk semua nih..
Ya, adik tahu.. Allah tak kan uji hamba- Nya kalau hamba – Nya tak mampu.. tapi.. mampu kah adik untuk semua nih..hampir 9 bulan mak tinggalkan adik.. selama nih jua lah adik cuba tabahkan hati untuk melalui hari2 yang mendatang..adik cuba untuk menghiburkan hati.. tapi.. bila balik rumah je.. mesti teringat kat mak..mak.. adik rindu mak..baru kini adik paham macam mana rasanya jika kehilangan seorang insan yang bergelar ibu.. situasi nya sangat berbeza jika dibandingkan kita terpisah dek kerana jarak dengan terpisah untuk selamanya..
..hanya potret indah menjadi tatapan harian..
..hanya pesanan silam menjadi panduan..
..hanya segumpal kenangan menjadi pengubat..
..hanya serangkai doa ku kirimkan buatmu, bondaku..
# semoga mak tenang di sana..moga mak di tempat dalam golongan orang2 yang beriman dan dijauhi daripada azab kubur dan api neraka.. AMIN!! #
AL – FATIHAH BUAT BONDA YANG TERCINTA,
“ Che Esah Binti Tauhid”