::KATAKU::

kitA hAnyA iNsAn biAsA yAnG tAk mAmpU uNtuK puAskAn hAtI sEtiAp iNsAn LaiN..yAnG pEntinG kitA tAhU siApA diRi kitA SudAh mEmAdAi

::BILA HATI BERSATU::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 19 June 2014

TIGA TAHUN SUDAH PEMERGIAN BONDA TERSAYANG

0 comments
cepatnya masa berlalu.. hari ni dah 19 Ju 2014.. walaupun entry nih dah dua minggu yang lalu siap ditaip, tapi kekangan masa yang teramat akhir-akhir nih tak sempat nak on lappy pun.. adat lah menjadi student.. ditambah pula dengan minggu peperiksaan yang sedang berlangsung.. okayy, kembali kepada topik pada entry kali nih.. dah dua hari berlalu dari tarikh keramat nih,17 Jun 2014.. maka genaplah 3 tahun pemergian arwah mak ke pangkuan Maha Pencipta.. "17 Jun 2011 bersamaan 15 Rejab 1432 iaitu pada hari Jumaat jam 6.30 pagi" tarikh dan masa keramah yang tersemat elok di sanubari.. entry ketiga, yang mungkin ada persamaan dengan ENTRY PERTAMA di sini atau ENTRY KEDUA di sini.. tanpa rasa jemu tanpa rasa lelah untuk bercerita tentang bonda tersayang.. rasa cinta yang tak pernah padam, rasa rindu yang tak pernah berpenghujung..

3 tahun dah rupanya hidup tanpa seorang bonda di sisi.. saat memandang orang lain bergembira meluangkan masa bersama bonda tersayang, saat itu lah hati merintih dan berduka.. bukan tidak redha dengan ketentuan Ilahi, tapi masih merasa diri belum cukup berbakti buat bonda yang dikasihi.. masih belum puas menabur bakti, menagih kasih pada seorang ibu.. saat diri mula membesar, dia tak pernah jemu mengajar itu dan ini.. tahan dengan kerenah anak yang terlalu banyak ragamnya.. 

biar diri tak berhias sempurna, asal kan keperluan anak disempurnakan.. 
biar diri tak kenyang dan berlapar, asal perut anak kenyang berisi makanan.. 
biar diri merasa keperitan mencari duit, asal anak senang adanya duit.. 
biar diri tak tinggi pelajarannya, asal anak habis bersekolah..

tak pernah bercerita tentang sengsaranya dia mencari duit.. demi memberi kami sesuap nasi.. bila diri dah cukup dewasa dan matang, diri ini menjadi kawan tempat si bonda bercerita.. baik suka mahupun duka.. bercerita perihal anak-anak.. perihal diri.. sampai satu masa tak sanggup rasanya mendengar.. kerana ketabahanmu ibu, aku bangga punyai kau sebagai ibuku.. 

sakitnya menanggung penyakit.. ku cuba berlakon seolah-olah tidak merasakan apa-apa kesakitan bila melihatnya.. kerana aku percaya "jika kita mahukan

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye