::KATAKU::

kitA hAnyA iNsAn biAsA yAnG tAk mAmpU uNtuK puAskAn hAtI sEtiAp iNsAn LaiN..yAnG pEntinG kitA tAhU siApA diRi kitA SudAh mEmAdAi

::BILA HATI BERSATU::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 16 December 2013

_TERSENYUMLAH WAHAI HATI_

0 comments
akhir- akhir nih rajin pulak ziza bukak Youtube.. macam-macam ziza tengok, dari lagu, ke cerita, ke kartun.. hey, sume benda nak tengok.. tiba-tiba ziza tengok satu video ni, memang sangat berguna.. meh ziza kongsikan apa yang ada.. sangat berterima kasih kepada awak yang buat video tu.. really-really appreciate it.. mehh scroll bawah tengok apa isi kandungannya.. sangat bermanfaat.. :) 

Saat kita menempuhi onak duri dunia
Derita sekali sekala mencuit hati
Hati remuk menangis tidak henti
Kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati
Ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi
Dalam terharu.. air mata tertumpah juga 

Wahai hamba Ilahi
Begitulah kehidupan di dunia
Kita tidak akan sesekali dapat menjangka
Apa yang Allah aturkan untuk kita
Adakalanya kita tersangat gembira
Adakalanya kita tersangat kecewa 
Jangan risau manusia 
Allah itu Tuhan kita
Tuhan Yang Maha Luas Kasih Sayang-Nya

Percayalah.. Allah tidak akan menduga hamba-Nya
Kecuali untuk melihat hamba-Nya
Tersenyum di sanaTertawa di sana

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Wednesday 4 December 2013

Sarawak tempat menimba ILMU.. Puchong tetap di hati..

0 comments

hari ni dah 04 Disember 2013 dah.. bulan depan dah boleh balik Puchong.. orang lain semua pulun nak beli tiket fight dah.. aku nih buat tak tahu je.. bukan tak nak balik, tapi peristiwa masa dua sem lepas bagi aku pengajaran sebenarnya.. kisahnya, biasa lah first year kan, pantang tiket murah mesti nak beli.. sanggup beli tiket masa awal cuti, kes nak balik punya pasal.. sebenarnya, tarikh exam tu yang penting.. kalau habis exam awal, awal lah boleh balik.. exam ziza pulak untuk 2 sem yang lepas habis seminggu awal dari tarikh cuti.. haa, kan dah kena duduk dekat Sarawak ni lama2.. tuh lah padahnya.. :)

kalau ikotkan, Sarawak ni lagi dekat masa perjalanannya kalau nak dibandingkan dengan Selangor-Terengganu, Selangor-Kedah, even Selangor-Perak tu sekalipun.. itu pun kalau Perak yang dah dekat bahagian utara tu lah kan.. hee.. yelah, kalau dari rumah ke airport, tak sampai sejam pun dah sampai.. masa dalam fight plak 1jam 45minit.. kadang2 tu, 1jam 30minit je dah sampai Bumi Kenyalang ni.. lebih kurang 2 jam lebih ke 3 jam lah jugak dah sampai dah walaupun terpisah dek Laut China-Selatan kan.. 

Yang bestnya tuh boleh naik flight lah kan.. kalau ziza tak tercampak dekat Sarawak ni, mungkin jarang2 lah dapat naik flight.. tapi bila dah kat Borneo nih memang itu je transport yang ada untuk balik Selangor tu.. tapi, kalau kecemasan memang susah lah ceritanya kan.. duit untuk tiket kena ada kalau masa2 terdesak ni.. lain pulak dengan kawan2 ziza yang belajar kat Utara, Timur,  Selatan Semenanjung Malaysia.. dorang ada banyak alternative lain yang boleh guna.. ada bas, teksi, train, KTM, and boleh jugak amik flight kalau emergency kan.. best jadi dorang sebab dorang boleh try mcm2 jenama bas.. bila balik cuti, mesti dengar dorang cerita tentang bas yang best.. happy je dapat dengar cerita dorang..


berlainan universiti, berlainan negeri, berlainan bidang..namun kami tetap punya cerita yang sama iaitu masalah bas.. hahhaha.. kat U ni memang tak boleh elak dari masalah bas.. kadang2 bas banyak, tapi tak ada pemandu.. ada jugak bas banyak, tapi tak boleh guna selalu sebab usia bas tu dah tua.. biasalah, bas banyak berjasa bawak budak2 U yang duduk dekat luar kampus untuk masuk kampus kan.. apa pun, nikmatnya tetap terasa bila kita dapat naik bas tu walaupun berdiri bersesak2.. bukan ziza sorang, tapi semua orang pun akan rasa benda yang sama..

oklah, ziza berhenti kat sini pulak ye.. tapi, kawan2 ziza bukanlah ade kat U yang tiga ni je, tapi U kat atas ni nak menggambarkan tempat je.. hehe.. kawan2 yang kat tempat lain jangan terasa hati okay, sebab ziza still ingat korang semua.. terutama sayang2 #FG saya.. hehe.. nanti free2 lagi, akan ziza update entry baru.. mungkin entry dah sampai Puchong pulak.. hehe.. 

Homesick! Rindu Rumah! Rindu Kakak! Rindu Family! Rindu Muhammad Haniff! Rindu Puchong! Rindu Selangor! :)

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Sunday 20 October 2013

dalam MENERIMA, kita perlu MEMBERI juga..

0 comments

Dalam menerima kita patut memberi.. kadang-kadang kan, hidup ni kita tak boleh nak jadi PENERIMA je taw.. bak kata orang, PENERIMA TEGAR! Haa, faham kan dengan perkataan tu? Kerja kita tahunya nak terima je semua benda.. kita tak nak bagi apa pun.. dalam memberi pula, bukan bermaksud kita kena bagi wang ringgit semata-mata..banyak benda yang boleh kita beri, tapi agak-agak lah kan..

MEMBERI :
1)      Kita boleh bagi wang ringgit kalau kita mampu sebenarnya.. tapi kalau kita tak mampu, jangan lah bagi.. diri sendiri pun kita tak lepas ni nak bagi orang.. tapi tak salah kan kalau kongsi? Tak banyak pun, sikit..

2)      Masa yang kita ada.. contohnya lah kan, kalau kawan kita dalam kesusahan, kita bole luangkan masa kita dengan dia..bukan kawan je, adik –beradik, keluarga, atau sesiapa je yang perlukan kawan untuk mendengar masa tu.. kan?

3)      Pengalaman mengajar kita.. kalau orang tu tak ada pengalaman, kita boleh je share pengalaman yang kita ada.. contohnya, kalau dia ni tak pernah alami saat2 getir yang pernah kita lalui, kita boleh je share dengan dia kan? Tak salah berkongsi pengalaman.. tak kisah lah pengalaman tuh kisah happy atau sedihkan pun.. yang patut je lah, kalau peribadi sangat tu tak payah lah share k..

MENERIMA :
1)      Kalau orang dah bagi, kita terima je lah.. jangan lah dok sibuk nak complain tu ini tak suka lah apa lah kan.. sekurang-kurangnya jaga lah air muka dia depan kita.. kalau kita cakap tak suka, mesti dia kecik hati nanti.. cuba letak diri kita dekat tempat dia.. mesti kita sedih kan..

2)      Barang misalnya.. kalau kita selalu je nak dapat barang dari orang pun susah jugak kan? Contohnya lah kan, ada barang yang kita berkongsi dengan orang lain, tapi orang tu je yang selalu beli selalu tambah bila habis.. agak-agak kan, malu tak jadi diri sendiri? Yelah, selalu nak terima barang dari orang je, padahal kita guna jugak kan? Tak adil kan macam tu? :D

3)      Cacian dan hinaan orang.. bukan senang nak hadapi benda macam tu, tapi selalunya Allah takkan uji kita sebenarnya kalau ujian tu diluar kemampuan kita.. bersyukur sebab Allah sayangkan kita, sebab tu kita diuji.. ziza pun pernah give up sebab mulut orang.. tapi satu nasihat kawan ziza kat semenanjung tu, “ziza ni selalu sangat fikir apa yang orang cakap pasal diri ni.. lepas tu stress than mulalah fikir kenapa dia cakap macam tu lah apa lah blaaa blaa blaa..” lepas tu ziza mula terfikir disebalik maksud yang dia cakap and ziza pegang satu benda “mulut orang kita tak boleh tutup macam tutup tempayan..” kan?

Entry ni pandangan ziza je.. kalau sesuai bole je korang faham-fahamkan.. hehe.. btw, ziza sangat berterima kasih sebab ada kawan macam Si X ni sebab kadang-kadang betul apa yang dia cakap.. walaupun ziza tahu dia tak berapa nak suka kat ziza dari dulu lagi sebab satu kes dulu..tapi ziza still sayang dia sama macam kawan-kawan lain.. ziza tak bezakan dia, sebab ziza sayang hubungan persahabatan kitorang yang dah terjalin bertahun lamanya dan masih berhubung sampai sekarang ni.. ziza cuma fikir, dia tak suka perangai ziza yang satu tu mungkin betul.. ziza tak salahkan dia pun..

*saya sayang #FG saya sampai bila-bila.. mereka kawan terbaik yang saya ada.. mereka keluarga saya.. mereka sahabat saya.. mereka keceriaan saya.. mereka kegilaan saya.. *

Rina, Adah, Ina, Mela, Umi, Ziza, Bad, Kina, Zana, Ainan, Ika



Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Saturday 19 October 2013

Sandiwara Cinta

0 comments
sem ni ziza rasa suka sangat dengan lagu ni.. walaupun ziza rasa ada benarnya lagu ni dalam kehidupan ziza dan si kecik.. tak kisah lah awak nak putar belit cerita apa pun dekat orang kat luar sana, hakikat dan kebenarannya tetap sama.. saya ada Allah Yang Maha Mengetahui akan semua nya.. teruskanlah Sandiwara awak tu.. Lagu ni lebih pada diri sendiri.. 

Lirik Sandiwara Cinta – Repvblik

Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Airmata pun tak lagi mau menitis

Alasan yang sering kali ku dengar
Alasan yang sering kali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku


Chorus
Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mahu
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu


Ulang Chorus 2x
Ku terima walau sakit hati

MAAF! saya juga pernah silap.. saya juga pernah alpa.. jadi saya sendiri tak rasa untuk jadi SEMPURNA cuma saya belajar dari apa yang saya silap.. silap sekali, tak bermakna saya akan terus sedar.. saya akui!! tapi bila saya sedar, saya cuba untuk tak ulang..

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Tuesday 3 September 2013

kerana kau yang bergelar KAWAN

1 comments

Assalamualaikum pembuka bicara! Hehe.. lama kan ziza tak update new entry kat blog nih.. disebabkan ada masalah yang tak dapat dielakkan, ziza memang  taka da masa untuk blog ni.. sekarang nih cuti sem pun dah nak habis.. Alhamdulillah ziza nak masuk ke tahun dua pengajian di bumi kenyalang tu.. sebelum balik sana, ziza nak kongsikan sikit pengalaman ziza masa cuti nih tentang kawan..

K.A.W.A.N? byk maksudkan? Meh sini ziza tafsirkan mengikut apa yang ziza faham k.. setiap orang pasti ada maksud yang tersendiri kan? Pada ziza kawan nih ada masa kita senang je, masa kita susah dia tak ada pun bersama dengan kita.. berlainan pula dengan S.A.H.A.B.A.T.. pada ziza, sahabat nih ada masa kita susah dan senang.. sahabat yang sanggup tolong kita bila kita jatuh.. yang mampu bangkitkan kita bila kita di bawah..yang ada bagi kita semangat bila kita kita diuji..

Masa cuti nih ziza banyak perhatikan tingkah laku kawan2 ziza tanpa dorang sendiri sedari.. ada jugak yang ziza dengar dari orang terdekat ziza tentang kawan nih..

1)      Ada kawan yang makan kawan..suruh kawan buat sesuatu yang salah sedangkan diri sendiri terlepas, sudahnya kita yang jadi mangsa..  ambil kesempatan atas diri kita untuk lepaskan diri sendiri..

2)      Ada jugak yang kawan menegur kerana sayangkan kita.. bila kita ditegur, kita rasa kawan kite tu betul2 nak kan yang terbaik dari kita..

3)      kawan yang tinggalkan kita bila dah senang.. kawan macam nih memang ramai sangat2 kan.. bila susah cari kita, bila senang terus angkat kaki.. kita susah pun dia tak nak tolong kite kan?

4)      Kawan yang suka cari kesalahan kita.. kawan yang baik tak kan terus terusan cari semua kesalahan kita sebaliknya dia akan menegur kesalahan kita.. kan?

5)      Kawan bila dah ada yang lain.. apa maksudnya ye? Kawan bila dia dah jumpa orang lain yang jauh lebih segalanya dari kita.. bak kata orang, habis madu, sepah dibuang.. hehe..

6)      Sahabat yang setia di sisi.. walaupun kita susah, dia ada tolong kita.. bukan masa kita susah je, sebaliknya bila dia susah kita pun ada untuk dia.. susah kan nak cari sahabat macam tuh? Agak2 boleh tak kita jadi macam tuh?

7)      Sahabat yang akan menolong kita untuk kita berjaya.. dia akan usaha sama2untuk melihat kita juga capai kejayaan yang sama macam orang lain bersama dia.. dia akan ada untuk bantu kita usaha..

8)      Sahabat yang sama2 akan rasa sakit bila kita sakit.. tak banyak orang macam nih.. bila kita jatuh, dia jua turut merasakan jatuhnya.. bila kita menangis, dia jua akan menangis.. yang ada, bila kita ketawa dia ada, bila kita susah dia tak ada.. kan?

9)      Sahabat yang akan kekal bersama walaupun jarak terpisah.. sahabat memang tak semestinya ada depan mata kita.. tapi sekarang ni ada banyak cara untuk berhubung kan? Hubungan kita tak akan terpisah hanya kerana kita berjauhan kan?

10)   Sahabat yang baik.. dia akan menyokong kita kalau sesuatu perkara tu mendatangkan kebaikan pada kita.. tapi dia jugak akan menghalang kita adai sesuatu perkara tu mendatangkan kesan pada kita.. kan? Dia tak akan sokong semua benda yang kita buat, dia jugak tak akan haling kita dalam semua perkara..

Kenapa ada lima awalnya “kawan” dan lima awalnya “sahabat”? emm, ada maksud sebenarnya.. hehe.. btw, kalau korang rasa tak betul apa yang ziza tulis nih tu terpulang lah kat korang ye.. sebab tu apa yang ziza rasa je.. setiap orang ada pendapat yang berlainan kan?

“kadang2 kita tak boleh nak percayakan orang sepenuhnya.. sebab takut kita sendiri yang akan makan hati..”
“kadang2 kita tak boleh nak marahkan semua orang, sebab diri kita sendiri tak cukup sempurna untuk menilai orang..”
“kadang2 kita tak boleh nak dendam dengan orang sebab semua orang pun buat salah.. semua orang pun berhak dimaafkan..”
“kadang2 kita tak boleh nak jaga hati semua orang, tapi cukuplah bila kita tahu menghargai perasaan orang lain..”

Ok lah, sampai sini dulu kot.. t panjang2 makin meleret2 plak ziza taip.. btw, hargailah kawan, sahabat, teman, rakan, dan apa sahaja geleran yang korang gunakan ye.. sebab hidup nih tak selalunya indah.. langit pun tak selalunya gelap kan? So, nilai diri sendiri dulu baru kita nilai orang okay.. ziza berpesan pada diri sendiri jugak..


Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Monday 17 June 2013

DUA TAHUN TELAH BERLALU~

0 comments
hye semua! waa lama nya tak update kan.. sebenarnya bukan tak ada cerita yang boleh ziza coretkan dalam blog tercinta ni, tapi dek kerana kekangan masa.. jadi kesempatan untuk ziza berkongsi cerita tak ada.. macam2 nak cerita kat sini.. tapi tunggu ye masa ziza balik cuti nanti.. tinggal seminggu je lagi ziza tinggal kat bumi kenyalang ni.. ok, sebelum ziza nih merewang entah ke mana baik ziza mulakan apa yang nak dicoretkan untuk entry kali ni.. entry kali nih khas untuk yang teristimewa dalam hidup ziza iaitu Che Esah binti Tauhid.. pernah nampak nama dia di entry sebelum nih kan? ya, dia arwah bonda ziza yang tercinta..


hari nih da 17 Jun 2013 kan? bermakna sudah 2 tahun mak tinggalkan kami semua.. 17 Jun 2011 bersamaan 15 Rejab 1432-Jumaat jam 6.30 pagi.. tarikh keramat yang tak mungkin ziza lupakan..masih segar dalam ingatan macam mana rasa pilunya hati nih bila sekujur badan terbaring dikala roh telah pun terpisah dari jasad.. tak ada kata yang boleh digambarkan.. mak tinggalkan kami pada subuh hari pada hari jumaat.. ya, pilu rasanya.. bangun untuk kejutkan mak untuk bersarapan sebelum ziza ke sekolah masa tu, hanya kaku diam seribu bahasa.. bila dihampiri, rupanya sudah tiada lagi insan yang boleh ziza panggil mak masa tu.. menangis sehingga alang terjaga dari tidur.. keluar dari bilik dia tak dapat berkata2 sama seperti aku ketika itu.. hanya air mata yang menggambarkan perasaan kami..


berlari mendapatkan ibu dekat rumah depan..ibu merupakan kakak mak yang sulung yang menjaga aku ketika kecil kerana mak bekerja mencari sesuap nasi buat kami.. kami dibesarkannya seorang diri tanpa suami di sisi.. ketabahan mak mencari rezeki membuatkan aku berazam untuk mengubah nasibnya..

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Sunday 10 March 2013

Rindu Arwah Mak sangat- sangat!!

2 comments
mood kali nih tak berapa nak cantik sangat.. tapi still nak update blog yang dah bersawang2 nih ha.. hehe.. anyway, wahai sayang2 semua.. sihat tak? jaga kesihatan ye.. cuaca tak menentu dah sekarang nih.. kejap panas, kejap hujan.. apa pun jaga diri ye.. lebih2 lagi yang dekat perantauan @ senang ceritanya kat negeri orang.. tak kisah lahh mana pun kan.. hehe..
angin rindu ziza kuat rasanya kat dalam hati nih.. nak cakap homesick tak lahh pun.. cume akhir2 nih asyik teringat kat arwah mak je..mak selalu datang dalam mimpi sekarang nih.. ada ape2 maksud ke disebalik mimpi ziza tuh? tahh la ziza pun tak ada jawapan jugak.. ada kala rasa jeles jugak tengok mereka2 "on call" bersama family..berskype lahh.. berpesbuk lah..teknologi merapatkan hubungan antara family walaupun jarak menjadi pemisah..rasanya dah tak ada alasan untuk mengatakan susah untuk berhubung..kan? setuju? hehe..
sayup2 rasa angin sekarang nih, sayup lagi rasa hati bila mengenangkan bonda tercinta yang telah menyahut panggilan Ilahi..setiap kenangan dan memori tercipta bukan mudah untuk di buang..terasa macam nak peluk mak sangat2 sekarang nih..sungguh ziza rindu dia.. terlalu rindu.. rindu akan kemesraan..rindu akan belaian..rindu akan kasih sayang..kasihnya ibu tiada tolok bandingnya..tak ada apa yang dapat menggantikan tempat seorang ibu di sisi keluarga..
tempat mak tak mungkin ada pengganti..tapi kehadiran ibu ita buat ziza rasa akan kasih sayang itu semula..walaupun tak sama tapi sekurang2nya rindu itu boleh terubat kan? pagi tadi sempat lagi berBBM dengan ibu ita..malam tadi mintak ibu 'check'kan harga tiket bulan depan..sebab kawan cakap harga murah..sekali dah habis..tak jadi nak balik pada dasarnya..tapi tiba2 je ibu cakap ayah nak sponsor tiket ziza..wahhh! sangat gembira..rasa nak menjerit2 je malam tadi..rasa menyusahkan sangat..tapi ibu cakap peluang datang sekali je kakak..jadi, ziza terima lah tawaran ibu dgn ayah..06 april ziza balik semenanjung..thankz ibu! thankz ayah! kakak sayang ibu dgn ayah! :)
pagi tadi pulak ziza sempat bercakap dengan salah seorang ibu kawan ziza..bergurau-senda dengan ibu dia..ibu dia sangat sporting..sangat best borak2..tapi pagi tadi kena bebel sebab ziza tak bekpes lagi..haihh! malam tadi anak dia yang bebel kat ziza..pagi nih ibu dia pulak..care sungguh kalian! padahal ziza dah cakap dah ziza ok aje..hehe..terharu kejap..tiba2 je teringat masa mak ada dulu..kalau tak makan comfirm kena marah..mak selalu je masak sedap2..lepas tuh makan masa baru lepas masak..haihh, mahu tak tergoda mata nih..dengan baunya lagi kan..rindu nak makan mak masak..tapi semua hanya tinggal kenangan je pada ziza..kenangan terindah tak mungkin terpadam.. kan?
sekian sahaja entry kali nih..ziza undur diri dlu kay! sayang korang semua.. jaga diri, jaga keluarga..sayangi diri, sayangi juga keluarga.. thankz sangat2 sebab dapat meluangkan masa korang dekat entry ziza yang tak seberapa nih.. 
* hargai lah ibu kalian sementara masih ada peluang.. beri lah kasih sayang dan rasa cinta yang tinggi pada ibu anda..bila dia tak ada lagi, tak mungkin semua tuh dapat dirasai oleh seorang ibu lagi..kan? *

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Saturday 26 January 2013

Perkongsian suatu Pengetahuan..

1 comments
kadang2 hidup nih indah sangat kan? tapi kenapa ye kadang2 jadi tak indah? tak indah sebab kita yang merosakkan keindahan tuh.. dulu penah terfikir, kenapa di setiap kebahagiaan mesti ade kedukaan.. di setiap kesenangan pasti ade kesusahan.. di setiap hilai tawa asti ade tangisan yang hiba.. sebab Allah Maha Adil.. setiap benda dalam dunia berpasang-pasangan.. sebab tuh setiap benda ada pasangannya kan..
kalau hidup, jangan nak menyakitkan hati orang je tahunya.. cuba lah jaga hati orang sikit kan.. cuba kalau kita yang kena? ooOOo.. pasti sakit hati rasanya..apatah lagi bila kita tahu orang yang sama je yang menyakitkan hati tuh kan.. lagi lah sakit kan.. buat apa hidup kalau nak menyakitkan hati org je kn.. bkn nya kita dapat capai kebahagiaan buat selama-lamanya pun.. silap2 kan, kita dah plan baekkk punya sekali kita yang terkena.. haa, macam mana kan? hee..renung2 kan ye...
setiap orang yang lahir di dunia nih bukannya sempurna sangat awak.. jadi, untuk apa lah kita nak mara orang tuh sangat sebab kesilapan dan kesalahan kecik dia kan.. dah sempurna ke kita nih nak herdik orang sesuka hati? belum kan? sebab kita memang tak sempurna.. cuma akan hadir seorang insan untuk sempurnakan hidup kita.. yang tuh pasti akan tiba masanya nanti..percaya lah..so, jangan mengharapkan sesuatu yang sempurna untuk diri kita mahupun dari orang lain.. sebab benda tuh tak kan terjadi..kita hanya mampu melengkapi orang lain dan orang lain melengkapi kita untuk gapai kesempurnaan tuh.. betul x?

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye