::KATAKU::

kitA hAnyA iNsAn biAsA yAnG tAk mAmpU uNtuK puAskAn hAtI sEtiAp iNsAn LaiN..yAnG pEntinG kitA tAhU siApA diRi kitA SudAh mEmAdAi

::BILA HATI BERSATU::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 17 June 2013

DUA TAHUN TELAH BERLALU~

hye semua! waa lama nya tak update kan.. sebenarnya bukan tak ada cerita yang boleh ziza coretkan dalam blog tercinta ni, tapi dek kerana kekangan masa.. jadi kesempatan untuk ziza berkongsi cerita tak ada.. macam2 nak cerita kat sini.. tapi tunggu ye masa ziza balik cuti nanti.. tinggal seminggu je lagi ziza tinggal kat bumi kenyalang ni.. ok, sebelum ziza nih merewang entah ke mana baik ziza mulakan apa yang nak dicoretkan untuk entry kali ni.. entry kali nih khas untuk yang teristimewa dalam hidup ziza iaitu Che Esah binti Tauhid.. pernah nampak nama dia di entry sebelum nih kan? ya, dia arwah bonda ziza yang tercinta..


hari nih da 17 Jun 2013 kan? bermakna sudah 2 tahun mak tinggalkan kami semua.. 17 Jun 2011 bersamaan 15 Rejab 1432-Jumaat jam 6.30 pagi.. tarikh keramat yang tak mungkin ziza lupakan..masih segar dalam ingatan macam mana rasa pilunya hati nih bila sekujur badan terbaring dikala roh telah pun terpisah dari jasad.. tak ada kata yang boleh digambarkan.. mak tinggalkan kami pada subuh hari pada hari jumaat.. ya, pilu rasanya.. bangun untuk kejutkan mak untuk bersarapan sebelum ziza ke sekolah masa tu, hanya kaku diam seribu bahasa.. bila dihampiri, rupanya sudah tiada lagi insan yang boleh ziza panggil mak masa tu.. menangis sehingga alang terjaga dari tidur.. keluar dari bilik dia tak dapat berkata2 sama seperti aku ketika itu.. hanya air mata yang menggambarkan perasaan kami..


berlari mendapatkan ibu dekat rumah depan..ibu merupakan kakak mak yang sulung yang menjaga aku ketika kecil kerana mak bekerja mencari sesuap nasi buat kami.. kami dibesarkannya seorang diri tanpa suami di sisi.. ketabahan mak mencari rezeki membuatkan aku berazam untuk mengubah nasibnya.. untuk memberi kesenangan pada masa akan datang dengan keyajaan yang aku perolehi.. namun, malang sekali kerana Allah lebih menyayanginya dari kami.. akan ku terus gapai kejayaan untuk si kakak di rumah..

sayu rasa hati bila pertama kali mendaftarkan diri di UNIMAS, bonda tercinta tiada disisi.. ziza ditemani ibu ke sini bersama adik..ibu yang dimaksudkan ialah ibu Ita yang mengambil ku sebagai anak angkatnya..mungkin kesian pada nasib yang menimpa.. kos aku ke sini juga dia tanggung..jasa ibu kakak tak kan lupakan..kakak sayang ibu! ku cuba kuatkan hati untuk tempuh.. bila ibu dengan adik nak balik, hati nih jadi sayu sangat.. sungguh sayu! sedih rasa hati ada insan yang prihatin..


ziza ingat lagi masa mak mengerang kesakitan beberapa jam sebelum meninggal.. bila ditanya mengapa, mak cakap tak ada apa..tambahnya lagi biasa lah sakit kanser macam mak nih bila2 je sakit..aku nak teman dia tak benarkan..katanya lagi esok aku harus ke sekolah..risau sungguh kalau aku tak cukup tidur masa tu..aku mengerti dan kembali tidur..rupa2nya, mungkin mak tahu pada ketika itu rohnya akan dipisahkan dari jasad..mungkin mak tak nak aku tangisi pemergiaannya ketika itu..tak nak aku tahu kesakitan yang ditanggung..benarkah mak? ziza tak ada jawapan..

pada awal tahun 2011 mak kerap sekali pengsan.. pernah mak pengsan di dapur ketika memasak.. nasib ibu (mak long) menjengah mak di rumah.. aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebab nak jaga mak..mak selalu cakap aku tak sayang dia bila aku pergi kerja..mak, adik terlalu sayangkan mak..mana mungkin adik lupa apa yang mak dah tanggung untuk besarkan kami..keputusan yang ziza ambil memang betul..makin lapa keadaan mak makin teruk..dia ditahan di Hospital Serdang..selepas segala ujian dibuat,rupa2nya mak ada kanser darah peringkat 4..sedihnya rasa hati masa tuh hanya Allah yang tahu..aku tahu segala kemungkinan mungkin akan berlaku..aku tak sanggup..aku cari kekuatan disebalik wajah mak dan kakak..aku kena kuat..tidak sekali aku tunjukkan tangisan depan mak..

bila mak ditempatkan di Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan susulan, aku kerap melawat mak..seminggu 2 atau 3 kali..nasib aku baik sebab Haniff selalu menemaniku dulu..disebabkan aku berada di Tingkatan 6 Atas, aku tak berkesempatan untuk menemani mak selalu..masa yang ada amat terhad..aku kena uruskan kakak di rumah, kena siapkan segala urusan rumah, sekolah lagi.. segala tanggungjawab mak dulu dah beralih pada aku..hanya Alang yang kerap lawat mak..bila aku datang aku akan sediakan segala keinginan mak..baik dari segi makanan atau pun kelengkapan..pernah moto rosak ditengah jalan masa aku nak tengok mak..kesian jugak aku pada Haniff yang bersusah untuk aku masa tuh.terima kasih awak!

segalanya hanya tinggal kenagan..walaupun itu merupakan perkara yang pahit aku lalui, namun ia masih menjadi kenangan manis di dalam hati.. aku bersyukur kerana aku berkesempatan untuk menjaga mak di hujung usianya.. aku bersyukur ada seorang ibu yang tabah harungi hidup.. aku bersyukur pada-Mu Ya Allah! hanya satu pesanku buat kalian, jagalah bonda tersayang jika masih diberi kesempatan.. sayangi lah dia sebagaimana dia pernah menyayangi kita.. selamilah kesakitannya sewaktu dukanya..



Inilah arwah bonda tercinta!
gambar ni diambil seminggu sebelum mak tinggalkan kami..
masa nih kenduri kawen Alang dekat rumah..
RINDU, CINTA, dan SAYANG mak selalu!



ini pula si kakak tersayang..
satu-satunya HARTA dan AMANAH yang mak tinggalkan..
Noor Azlin Binti Aziz..
tak sabar nak balik jumpa kakak..
RINDU rasa hati ni..

sekian sahaja coretan hati ziza kali ni.. jumpa lagi pada entry seterusnya.. 
Jaga diri, hiasi peribadi! 

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

No comments: