::KATAKU::

kitA hAnyA iNsAn biAsA yAnG tAk mAmpU uNtuK puAskAn hAtI sEtiAp iNsAn LaiN..yAnG pEntinG kitA tAhU siApA diRi kitA SudAh mEmAdAi

::BILA HATI BERSATU::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 4 December 2013

Sarawak tempat menimba ILMU.. Puchong tetap di hati..

0 comments

hari ni dah 04 Disember 2013 dah.. bulan depan dah boleh balik Puchong.. orang lain semua pulun nak beli tiket fight dah.. aku nih buat tak tahu je.. bukan tak nak balik, tapi peristiwa masa dua sem lepas bagi aku pengajaran sebenarnya.. kisahnya, biasa lah first year kan, pantang tiket murah mesti nak beli.. sanggup beli tiket masa awal cuti, kes nak balik punya pasal.. sebenarnya, tarikh exam tu yang penting.. kalau habis exam awal, awal lah boleh balik.. exam ziza pulak untuk 2 sem yang lepas habis seminggu awal dari tarikh cuti.. haa, kan dah kena duduk dekat Sarawak ni lama2.. tuh lah padahnya.. :)

kalau ikotkan, Sarawak ni lagi dekat masa perjalanannya kalau nak dibandingkan dengan Selangor-Terengganu, Selangor-Kedah, even Selangor-Perak tu sekalipun.. itu pun kalau Perak yang dah dekat bahagian utara tu lah kan.. hee.. yelah, kalau dari rumah ke airport, tak sampai sejam pun dah sampai.. masa dalam fight plak 1jam 45minit.. kadang2 tu, 1jam 30minit je dah sampai Bumi Kenyalang ni.. lebih kurang 2 jam lebih ke 3 jam lah jugak dah sampai dah walaupun terpisah dek Laut China-Selatan kan.. 

Yang bestnya tuh boleh naik flight lah kan.. kalau ziza tak tercampak dekat Sarawak ni, mungkin jarang2 lah dapat naik flight.. tapi bila dah kat Borneo nih memang itu je transport yang ada untuk balik Selangor tu.. tapi, kalau kecemasan memang susah lah ceritanya kan.. duit untuk tiket kena ada kalau masa2 terdesak ni.. lain pulak dengan kawan2 ziza yang belajar kat Utara, Timur,  Selatan Semenanjung Malaysia.. dorang ada banyak alternative lain yang boleh guna.. ada bas, teksi, train, KTM, and boleh jugak amik flight kalau emergency kan.. best jadi dorang sebab dorang boleh try mcm2 jenama bas.. bila balik cuti, mesti dengar dorang cerita tentang bas yang best.. happy je dapat dengar cerita dorang..


berlainan universiti, berlainan negeri, berlainan bidang..namun kami tetap punya cerita yang sama iaitu masalah bas.. hahhaha.. kat U ni memang tak boleh elak dari masalah bas.. kadang2 bas banyak, tapi tak ada pemandu.. ada jugak bas banyak, tapi tak boleh guna selalu sebab usia bas tu dah tua.. biasalah, bas banyak berjasa bawak budak2 U yang duduk dekat luar kampus untuk masuk kampus kan.. apa pun, nikmatnya tetap terasa bila kita dapat naik bas tu walaupun berdiri bersesak2.. bukan ziza sorang, tapi semua orang pun akan rasa benda yang sama..

oklah, ziza berhenti kat sini pulak ye.. tapi, kawan2 ziza bukanlah ade kat U yang tiga ni je, tapi U kat atas ni nak menggambarkan tempat je.. hehe.. kawan2 yang kat tempat lain jangan terasa hati okay, sebab ziza still ingat korang semua.. terutama sayang2 #FG saya.. hehe.. nanti free2 lagi, akan ziza update entry baru.. mungkin entry dah sampai Puchong pulak.. hehe.. 

Homesick! Rindu Rumah! Rindu Kakak! Rindu Family! Rindu Muhammad Haniff! Rindu Puchong! Rindu Selangor! :)

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye