::KATAKU::

kitA hAnyA iNsAn biAsA yAnG tAk mAmpU uNtuK puAskAn hAtI sEtiAp iNsAn LaiN..yAnG pEntinG kitA tAhU siApA diRi kitA SudAh mEmAdAi

::BILA HATI BERSATU::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 7 October 2014

KERANA KEKUATAN ITU TAKKAN PERGI..

0 comments

Jatuh bangun tu lumrah kehidupan.. kejap kita naik, kejap kita turun.. tapi selalunya bila kita kat atas, kita memang selalu lupa siapa kat bawah kita.. ini realiti!! Bila kita kat bawah, kita selalu berharap orang kat atas tolong kita sebab kita tak nak selamanya kat bawah tu.. tapi penah tak kita terfikir, bila kita kat atas bukan kita ingat pun orang bawah kan.. (kalau pening apa maksud cik jah, baca lagi sampai faham k.. hehe)

Dulu mak selalu cakap, “BUKAN SENANG NAK SENANG, BUKAN SUSAH NAK SUSAH!” ini umpama kata keramat mak lah.. bila pegi kem TOT hari tuh, ayat yang sama diulang-ulang..buat aku rasa betapa dekatnya mak dengan aku.. tersenyum balik dengar perkataan tu.. bila kita nak senang, macam-macam benda datang menguji kita.. sampai kita rasa give up lah nak bertahan kan.. susah betul nak senang nih, macam-macam kena lalui.. tapi bila kita susah, bukan semua orang nak tolong kita.. percaya lah, nak dapat orang yang akan bersama kita susah dan senang tu susah okay.. sangat susah.. nak faham kita, situasi kita, perangai dan ragam kita.. siapa je nak bertahan kan..

Orang yang tak tahu latar belakang aku akan tanya,

“kenapa fon senyap?”

“Family tak call ke?”

“mak tak call ke?”

“ayah tak tanya khabar ke?”

“mak kerja apa? Ayah?”

Berat betul nak jawab soalan-soalan macam nih.. siapa aku nak salahkan dorang bertanya, sedangkan dorang tak tahu apa-apa pun.. bukan senang nak hidup tanpa mak.. bila kau susah, kau sendiri tak tahu nak mengadu kat siapa.. sebab tak aka nada orang yang akan faham kau macam mana mak kau faham kau.. dulu selalu kena rotan dengan mak pakai getah paip, tak pun kena siram air.. sampai terfikir lah, “mak ni tak sayang aku ke?” bila dah besar baru aku tahu.. itulah cara mak ajar aku..

Bila mak dah tak ada, kau akan rasa betapa susahnya hidup kau.. susah betul kau nak lalui hidup nih.. sampai lah kau fikir, “kenapa Allah amik mak dulu?” betapa tak redhanya kau dengan ketentuan Ilahi.. bila kau betul-betul perlukan kekuatan, kau sendiri berdoa agar kekuatan kau tak pergi dibawa angin.. kadang-kadang kawan pun boleh salah faham dengan kau.. tapi apa kan daya, kau memilih untuk memendam dari bercerita.. jadi mana mungkin kau salahkan dorang atas apa yang jadi kat kau kan..

Mak cakap, “Allah sayang adik, sebab tu dari kecik adik kena uji.. sebab tu dari kecik adik susah nak jalani hari-hari adik.. tak macam orang lain..” paling aku ingat, mak kata “jangan pernah berdendam dengan orang, jangan pernah seksa kakak, biar orang tak nampak kesusahan kita, biar je orang nampak kita happy selalu..” dan aku tak tahu kenapa, saban hari makin banyak perkataan mak yang aku ingat.. bila macam-macam dah jadi, dah terbukti depan mata.. Ya Allah, betapa aku perlukan mak..

Mak selagi boleh nak sorok semua susah dia dari anak-anak.. nak sembunyi semua kesedihan dia depan anak-anak.. kadang-kadang anak biadap melawan pun mak tahan je air mata tuh.. lagi sedih bila si anak tak sempat nak mintak maaf.. dulu sebelum tidur dah jadi kebiasaan, peluk mak, cium muka mak, dan akan cakap, “mak, maaf ye kalau ada salah adik..” dan bila mak dah tidur, peluk mak dan cakap, “adik sayang mak sangat-sangat!” masa tu ingat mak dah tido, sekali mak bukak mata.. KANTOIIII.. hhehe..

*biarlah orang buat kat kita, sebab aku percaya sumpahan dan kata-kata orang istimewa nih..
*dia mungkin busuk di dunia, susahkan orang di dunia.. tapi, dia yang akan tolong kita ke Syurga kelak..
*kerana kau harta berharga aku yang satu.. bertahan lah selama adikmu masih di sini menuntut ilmu..
*kelak aku akan menuntut mu.. semoga kau kuat dan utuh di sana..

                                                           

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye