::KATAKU::

kitA hAnyA iNsAn biAsA yAnG tAk mAmpU uNtuK puAskAn hAtI sEtiAp iNsAn LaiN..yAnG pEntinG kitA tAhU siApA diRi kitA SudAh mEmAdAi

::BILA HATI BERSATU::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday 9 March 2014

Pray For MH 370!

0 comments

MH370! mendengar saja namanya, pasti kita sebagai rakyat Malaysia tahu akan ceritanya.. berlepas dari KLIA pada jam 12.41 malam yang sepatutnya tiba pada jam 6.30pagi di Beijing hilang dari radar tanpa berita.. sunyi tanpa perkabaran.. kehilangannya masih menjadi misteri rakyat Malaysia.. Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal..

Ajal dan maut bukan sesuatu yang boleh dicapai oleh minda kita..
Ada perenang yang meninggal disebabkan lemas..
Ada doktor yang meninggal disebabkan penyakit..
Ada penerjun yang meninggal disebabkan terjunan itu sendiri..
Ada pelumba basikal meninggal ketika berbasikal..
Ada pesawah meninggal disebabkan asap jerami..

Walaupun sesuatu itu menjadi rutin kita, kepakaran kita, kebiasaan kita..
Terlampau sinonim dengan diri kita..
Tetapi disebabkan masa kita itu telah sampai..
Benda yang kita dah biasa,
Benda yang kita dah pakar,
Benda yang sinonim dengan jiwa kita..
Masih boleh menjadi maut kita..

Bukan salah MAS,
Bukan salah Pilot,
Malah bukan salah sesiapa pun..
Kerana apabila Allah berkata "Kun Faya Kun"
Maka dengan sekelip mata benda itu terjadi..

#PrayForMH370 #PrayForMH370 #PrayForMH370!!

Semoga mereka masih lagi selamat..
Semoga mereka masih lagi mampu bertahan..
Semoga kita masih boleh menemui mereka..
Semoga masih ada lagi sinar untuk mereka kembali 

#PrayForMH370 #PrayForMH370 #PrayForMH370

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye