::KATAKU::

kitA hAnyA iNsAn biAsA yAnG tAk mAmpU uNtuK puAskAn hAtI sEtiAp iNsAn LaiN..yAnG pEntinG kitA tAhU siApA diRi kitA SudAh mEmAdAi

::BILA HATI BERSATU::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 17 June 2013

DUA TAHUN TELAH BERLALU~

0 comments
hye semua! waa lama nya tak update kan.. sebenarnya bukan tak ada cerita yang boleh ziza coretkan dalam blog tercinta ni, tapi dek kerana kekangan masa.. jadi kesempatan untuk ziza berkongsi cerita tak ada.. macam2 nak cerita kat sini.. tapi tunggu ye masa ziza balik cuti nanti.. tinggal seminggu je lagi ziza tinggal kat bumi kenyalang ni.. ok, sebelum ziza nih merewang entah ke mana baik ziza mulakan apa yang nak dicoretkan untuk entry kali ni.. entry kali nih khas untuk yang teristimewa dalam hidup ziza iaitu Che Esah binti Tauhid.. pernah nampak nama dia di entry sebelum nih kan? ya, dia arwah bonda ziza yang tercinta..


hari nih da 17 Jun 2013 kan? bermakna sudah 2 tahun mak tinggalkan kami semua.. 17 Jun 2011 bersamaan 15 Rejab 1432-Jumaat jam 6.30 pagi.. tarikh keramat yang tak mungkin ziza lupakan..masih segar dalam ingatan macam mana rasa pilunya hati nih bila sekujur badan terbaring dikala roh telah pun terpisah dari jasad.. tak ada kata yang boleh digambarkan.. mak tinggalkan kami pada subuh hari pada hari jumaat.. ya, pilu rasanya.. bangun untuk kejutkan mak untuk bersarapan sebelum ziza ke sekolah masa tu, hanya kaku diam seribu bahasa.. bila dihampiri, rupanya sudah tiada lagi insan yang boleh ziza panggil mak masa tu.. menangis sehingga alang terjaga dari tidur.. keluar dari bilik dia tak dapat berkata2 sama seperti aku ketika itu.. hanya air mata yang menggambarkan perasaan kami..


berlari mendapatkan ibu dekat rumah depan..ibu merupakan kakak mak yang sulung yang menjaga aku ketika kecil kerana mak bekerja mencari sesuap nasi buat kami.. kami dibesarkannya seorang diri tanpa suami di sisi.. ketabahan mak mencari rezeki membuatkan aku berazam untuk mengubah nasibnya..

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye