::KATAKU::

kitA hAnyA iNsAn biAsA yAnG tAk mAmpU uNtuK puAskAn hAtI sEtiAp iNsAn LaiN..yAnG pEntinG kitA tAhU siApA diRi kitA SudAh mEmAdAi

::BILA HATI BERSATU::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 2 March 2012

HANYA SEKETIKA RINDUKU TERUBAT

0 comments

Assalamualaikum.. entry kali nih ziza nak cite sal bonda ziza yang tercinta.. emm, khamis baru2 nih iaitu bersamaan 23 februari lah, ziza g “rumah” mak..agak susah jgk nak cari sebab “rumah” mak dah letak tanda baru..

‘mak..mak sedar tak adik datang masa tuh? Mesti mak sedar kan? adik tahu mak ada kat situ.. sebab adik dapat rasa mak dekat sangat ngan adik.. kan, kan? adik rindu sangat kat mak.. mak tak rindu adik ke? Kalau lah mak ada lagi kan.. mesti adik selalu cite – cite prob adik kat mak macam dulu..mak.. dah lama mak tinggalkan adik dengan kakak kat sini.. kakak pon rindu kat mak..sama macam adik..setiap kali adik tunjuk gambar mak, mesti kakak pegang.. penah laptop adik hampir patah kakak keja kan..

Mak.. adik tak tahu nak mengadu ngan sapa kalau ada masalah.. tapi kan.. mak selalu datang dalam mimpi adik kan.. mak.. adik minta maaf sangat2.. bukan adik tak nak pegi “rumah” mak selalu.. tapi adik tak kuat nak tahan air mata adik dari membasahi kawasan “ rumah” mak tu.. adik tak kuat lagi mak.. adik minta maaf.. hanya dari jauh adik dapat “dendangkan” mak dengan bacaan Yassin dan ayat2 suci..

Walau kita berada dalam alam yang berbeza lahirnya, tapi.. mak selalu dalam ingatan dan doa adik..adik jugak tak mampu lagi untuk membahasakan “arwah mak” bila bercerita tentang mak..lidah kelu bila nak menyebut arwah tu..mak lah ayah, mak jugalah ibu..malah mak jua yang menjadi sahabat adik..mak tinggalkan adik di saat adik memerlukan mak di sisi..bagai layang – layang yang terputus talinya adik waktu tuh mak..adik nak STPM, mak pula tinggalkan adik.. bukan adik tak boleh terima ketentuan Iilahi, tapi adik masih belum sedia untuk semua nih..

Ya, adik tahu.. Allah tak kan uji hamba- Nya kalau hamba – Nya tak mampu.. tapi.. mampu kah adik untuk semua nih..hampir 9 bulan mak tinggalkan adik.. selama nih jua lah adik cuba tabahkan hati untuk melalui hari2 yang mendatang..adik cuba untuk menghiburkan hati.. tapi.. bila balik rumah je.. mesti teringat kat mak..mak.. adik rindu mak..baru kini adik paham macam mana rasanya jika kehilangan seorang insan yang bergelar ibu.. situasi nya sangat berbeza jika dibandingkan kita terpisah dek kerana jarak dengan terpisah untuk selamanya..

..hanya potret indah menjadi tatapan harian..

..hanya pesanan silam menjadi panduan..

..hanya segumpal kenangan menjadi pengubat..

..hanya serangkai doa ku kirimkan buatmu, bondaku..

# semoga mak tenang di sana..moga mak di tempat dalam golongan orang2 yang beriman dan dijauhi daripada azab kubur dan api neraka.. AMIN!! #

AL – FATIHAH BUAT BONDA YANG TERCINTA,

“ Che Esah Binti Tauhid”


Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye