Assalamualaikum pembuka bicara! Hehe.. lama kan ziza tak
update new entry kat blog nih.. disebabkan ada masalah yang tak dapat
dielakkan, ziza memang taka da masa
untuk blog ni.. sekarang nih cuti sem pun dah nak habis.. Alhamdulillah ziza
nak masuk ke tahun dua pengajian di bumi kenyalang tu.. sebelum balik sana,
ziza nak kongsikan sikit pengalaman ziza masa cuti nih tentang kawan..
K.A.W.A.N? byk maksudkan? Meh sini ziza tafsirkan mengikut
apa yang ziza faham k.. setiap orang pasti ada maksud yang tersendiri kan? Pada
ziza kawan nih ada masa kita senang je, masa kita susah dia tak ada pun bersama
dengan kita.. berlainan pula dengan S.A.H.A.B.A.T.. pada ziza, sahabat nih ada
masa kita susah dan senang.. sahabat yang sanggup tolong kita bila kita jatuh..
yang mampu bangkitkan kita bila kita di bawah..yang ada bagi kita semangat bila
kita kita diuji..
Masa cuti nih ziza banyak perhatikan tingkah laku kawan2
ziza tanpa dorang sendiri sedari.. ada jugak yang ziza dengar dari orang
terdekat ziza tentang kawan nih..
1)
Ada kawan yang makan
kawan..suruh kawan buat sesuatu yang salah sedangkan diri sendiri
terlepas, sudahnya kita yang jadi mangsa.. ambil kesempatan atas diri kita untuk lepaskan
diri sendiri..
2)
Ada jugak yang kawan
menegur kerana sayangkan kita.. bila kita ditegur, kita rasa kawan kite
tu betul2 nak kan yang terbaik dari kita..
3)
kawan yang tinggalkan
kita bila dah senang.. kawan macam nih memang ramai sangat2 kan.. bila
susah cari kita, bila senang terus angkat kaki.. kita susah pun dia tak nak
tolong kite kan?
4)
Kawan yang suka cari
kesalahan kita.. kawan yang baik tak kan terus terusan cari semua
kesalahan kita sebaliknya dia akan menegur kesalahan kita.. kan?
5)
Kawan bila dah ada yang lain..
apa maksudnya ye? Kawan bila dia dah jumpa orang lain yang jauh lebih segalanya
dari kita.. bak kata orang, habis madu, sepah dibuang.. hehe..
6)
Sahabat yang setia di
sisi.. walaupun kita susah, dia ada tolong kita.. bukan masa kita susah
je, sebaliknya bila dia susah kita pun ada untuk dia.. susah kan nak cari
sahabat macam tuh? Agak2 boleh tak kita jadi macam tuh?
7)
Sahabat yang akan
menolong kita untuk kita berjaya.. dia akan usaha sama2untuk melihat
kita juga capai kejayaan yang sama macam orang lain bersama dia.. dia akan ada
untuk bantu kita usaha..
8)
Sahabat yang sama2 akan
rasa sakit bila kita sakit.. tak banyak orang macam nih.. bila kita
jatuh, dia jua turut merasakan jatuhnya.. bila kita menangis, dia jua akan menangis..
yang ada, bila kita ketawa dia ada, bila kita susah dia tak ada.. kan?
9)
Sahabat yang akan kekal
bersama walaupun jarak terpisah.. sahabat memang tak semestinya ada
depan mata kita.. tapi sekarang ni ada banyak cara untuk berhubung kan? Hubungan
kita tak akan terpisah hanya kerana kita berjauhan kan?
10)
Sahabat yang baik..
dia akan menyokong kita kalau sesuatu perkara tu mendatangkan kebaikan pada
kita.. tapi dia jugak akan menghalang kita adai sesuatu perkara tu mendatangkan
kesan pada kita.. kan? Dia tak akan sokong semua benda yang kita buat, dia
jugak tak akan haling kita dalam semua perkara..
Kenapa ada lima awalnya “kawan” dan lima awalnya “sahabat”?
emm, ada maksud sebenarnya.. hehe.. btw, kalau korang rasa tak betul apa yang
ziza tulis nih tu terpulang lah kat korang ye.. sebab tu apa yang ziza rasa
je.. setiap orang ada pendapat yang berlainan kan?
“kadang2 kita tak
boleh nak percayakan orang sepenuhnya.. sebab takut kita sendiri yang akan
makan hati..”
“kadang2 kita tak
boleh nak marahkan semua orang, sebab diri kita sendiri tak cukup sempurna
untuk menilai orang..”
“kadang2 kita tak
boleh nak dendam dengan orang sebab semua orang pun buat salah.. semua orang
pun berhak dimaafkan..”
“kadang2 kita tak
boleh nak jaga hati semua orang, tapi cukuplah bila kita tahu menghargai
perasaan orang lain..”
Ok lah, sampai sini
dulu kot.. t panjang2 makin meleret2 plak ziza taip.. btw, hargailah kawan,
sahabat, teman, rakan, dan apa sahaja geleran yang korang gunakan ye.. sebab
hidup nih tak selalunya indah.. langit pun tak selalunya gelap kan? So, nilai diri
sendiri dulu baru kita nilai orang okay.. ziza berpesan pada diri sendiri
jugak..