::KATAKU::

kitA hAnyA iNsAn biAsA yAnG tAk mAmpU uNtuK puAskAn hAtI sEtiAp iNsAn LaiN..yAnG pEntinG kitA tAhU siApA diRi kitA SudAh mEmAdAi

::BILA HATI BERSATU::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 20 November 2014

KERANA SEMUANYA BERSEBAB

0 comments

Di mana datangnya kekuatan?

Ke mana perginya semangat?

Kenapa lemah yang berkunjung tiba?

Benarlah kata orang, susah sebenarnya nak lalui hari-hari yang mendatang.. biarpun hari ini kita bahagia, belum tentu esok kebahagiaan itu kekal jadi milik kita.. sebab langit tak selalunya cerah.. tapi tak mustahil sang pelangi akan datang menyapa.. siapa tahu kan? Sebab hari esok tak ada siapa yang dapat mentafsir.. baik kah dia? Buruk kah dia? Kan?

Dan benar lah juga kata orang, hidup tanpa orang tua bukan lah sesuatu yang mudah.. sebab? Setiap benda yang kita lalui takkan pernah sama dengan orang lain.. saat orang lain hilang semangat, mak ayah dorang akan bagi peransang.. Kita yang tak ada nih? Al-Fatihah yang mampu menemani diri kita.. sayang kan siapa yang ada mak ayah, tapi tak hargai saat hidup mereka..

Kadang-kadang terfikir, kenapa diri selalu diuji? Kenapa diri selalu ada masalah? Orang yang tak tahu, senang lah cakap.. buat cerita sana sini.. jaja benda yang belum tentu betul ke tak.. cakap ikut sedap mulut.. asalkan hati dia puas.. sebab berjaya buat kita rasa sakit hati.. tapi, tanpa dia sedar.. kalau dia aniaya kita, bukan ke dia yang susah nanti.. sebab doa orang yang teraniaya ni makbul kan?

Susah sebenarnya nak redha dengan semua yang berlaku.. dan lagi susah nak ikhlaskan diri terima semua ujian.. cakap senang lah kan? Tapii.. kita tak pernah fikir.. “Allah tak uji hamba-Nya jika hamba-Nya tak mampu.. Allah sayang kita.. kita bertuah sebab kita dipilih untuk diuji..”

Bersabarlah jika hatimu dilukai..
bersabarlah jika kesabaranmu diuji..
bersabarlah jika semangatmu dibawa pergi..
bersabarlah jika kau dicaci benci..
bersabarlah jika kau tertunduk jatuh..
bersabarlah jika semua membencimu..
bersabarlah duhai hati..
walaupun sabar itu terlalu sukar dierti..

Andai roh terpisah dari jasad.. saat itu mungkin baru ada yang mengerti..

mengerti apa itu kepayahan..
mengerti apa itu kesengsaraan..
mengerti apa itu kesusahan..
mengerti apa itu kesabaran..
mengerti apa itu kasih sayang..
mengerti apa itu pengorbanan..
mengerti apa yang kau lalui..

hari ni kita senyum, gembiranya rasa.. hilai tawa kita didengari.. macam nak bagitahu satu dunia yang kita tengah bahagia.. umpama dunia nih ana yang punya lah! Kenapa? Sebab kita nak orang lain rasa kebahagiaan yang kita rasa ni jugak.. tapi kenapa bila kita sedih, bila kita berduka, bila kita ada masalah, hanya orang tertentu je yang kita bagitahu? Sebab tak semua orang aka nada dengan kita di masa susah senang kita.. masa senang kita memang ramai yang akan dengan kita.. bila kita susah, nak mengaku kenal kita pun tak nak.. tapi bila senang, tiba-tiba cakap dorang kenal kita.. lumrah hidup!!

Sayang itu terhad.. kasih itu limit.. rindu itu pengubat.. cinta itu sukar..

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Tuesday 7 October 2014

KERANA KEKUATAN ITU TAKKAN PERGI..

0 comments

Jatuh bangun tu lumrah kehidupan.. kejap kita naik, kejap kita turun.. tapi selalunya bila kita kat atas, kita memang selalu lupa siapa kat bawah kita.. ini realiti!! Bila kita kat bawah, kita selalu berharap orang kat atas tolong kita sebab kita tak nak selamanya kat bawah tu.. tapi penah tak kita terfikir, bila kita kat atas bukan kita ingat pun orang bawah kan.. (kalau pening apa maksud cik jah, baca lagi sampai faham k.. hehe)

Dulu mak selalu cakap, “BUKAN SENANG NAK SENANG, BUKAN SUSAH NAK SUSAH!” ini umpama kata keramat mak lah.. bila pegi kem TOT hari tuh, ayat yang sama diulang-ulang..buat aku rasa betapa dekatnya mak dengan aku.. tersenyum balik dengar perkataan tu.. bila kita nak senang, macam-macam benda datang menguji kita.. sampai kita rasa give up lah nak bertahan kan.. susah betul nak senang nih, macam-macam kena lalui.. tapi bila kita susah, bukan semua orang nak tolong kita.. percaya lah, nak dapat orang yang akan bersama kita susah dan senang tu susah okay.. sangat susah.. nak faham kita, situasi kita, perangai dan ragam kita.. siapa je nak bertahan kan..

Orang yang tak tahu latar belakang aku akan tanya,

“kenapa fon senyap?”

“Family tak call ke?”

“mak tak call ke?”

“ayah tak tanya khabar ke?”

“mak kerja apa? Ayah?”

Berat betul nak jawab soalan-soalan macam nih.. siapa aku nak salahkan dorang bertanya, sedangkan dorang tak tahu apa-apa pun.. bukan senang nak hidup tanpa mak.. bila kau susah, kau sendiri tak tahu nak mengadu kat siapa.. sebab tak aka nada orang yang akan faham kau macam mana mak kau faham kau.. dulu selalu kena rotan dengan mak pakai getah paip, tak pun kena siram air.. sampai terfikir lah, “mak ni tak sayang aku ke?” bila dah besar baru aku tahu.. itulah cara mak ajar aku..

Bila mak dah tak ada, kau akan rasa betapa susahnya hidup kau.. susah betul kau nak lalui hidup nih.. sampai lah kau fikir, “kenapa Allah amik mak dulu?” betapa tak redhanya kau dengan ketentuan Ilahi.. bila kau betul-betul perlukan kekuatan, kau sendiri berdoa agar kekuatan kau tak pergi dibawa angin.. kadang-kadang kawan pun boleh salah faham dengan kau.. tapi apa kan daya, kau memilih untuk memendam dari bercerita.. jadi mana mungkin kau salahkan dorang atas apa yang jadi kat kau kan..

Mak cakap, “Allah sayang adik, sebab tu dari kecik adik kena uji.. sebab tu dari kecik adik susah nak jalani hari-hari adik.. tak macam orang lain..” paling aku ingat, mak kata “jangan pernah berdendam dengan orang, jangan pernah seksa kakak, biar orang tak nampak kesusahan kita, biar je orang nampak kita happy selalu..” dan aku tak tahu kenapa, saban hari makin banyak perkataan mak yang aku ingat.. bila macam-macam dah jadi, dah terbukti depan mata.. Ya Allah, betapa aku perlukan mak..

Mak selagi boleh nak sorok semua susah dia dari anak-anak.. nak sembunyi semua kesedihan dia depan anak-anak.. kadang-kadang anak biadap melawan pun mak tahan je air mata tuh.. lagi sedih bila si anak tak sempat nak mintak maaf.. dulu sebelum tidur dah jadi kebiasaan, peluk mak, cium muka mak, dan akan cakap, “mak, maaf ye kalau ada salah adik..” dan bila mak dah tidur, peluk mak dan cakap, “adik sayang mak sangat-sangat!” masa tu ingat mak dah tido, sekali mak bukak mata.. KANTOIIII.. hhehe..

*biarlah orang buat kat kita, sebab aku percaya sumpahan dan kata-kata orang istimewa nih..
*dia mungkin busuk di dunia, susahkan orang di dunia.. tapi, dia yang akan tolong kita ke Syurga kelak..
*kerana kau harta berharga aku yang satu.. bertahan lah selama adikmu masih di sini menuntut ilmu..
*kelak aku akan menuntut mu.. semoga kau kuat dan utuh di sana..

                                                           

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Thursday 19 June 2014

TIGA TAHUN SUDAH PEMERGIAN BONDA TERSAYANG

0 comments
cepatnya masa berlalu.. hari ni dah 19 Ju 2014.. walaupun entry nih dah dua minggu yang lalu siap ditaip, tapi kekangan masa yang teramat akhir-akhir nih tak sempat nak on lappy pun.. adat lah menjadi student.. ditambah pula dengan minggu peperiksaan yang sedang berlangsung.. okayy, kembali kepada topik pada entry kali nih.. dah dua hari berlalu dari tarikh keramat nih,17 Jun 2014.. maka genaplah 3 tahun pemergian arwah mak ke pangkuan Maha Pencipta.. "17 Jun 2011 bersamaan 15 Rejab 1432 iaitu pada hari Jumaat jam 6.30 pagi" tarikh dan masa keramah yang tersemat elok di sanubari.. entry ketiga, yang mungkin ada persamaan dengan ENTRY PERTAMA di sini atau ENTRY KEDUA di sini.. tanpa rasa jemu tanpa rasa lelah untuk bercerita tentang bonda tersayang.. rasa cinta yang tak pernah padam, rasa rindu yang tak pernah berpenghujung..

3 tahun dah rupanya hidup tanpa seorang bonda di sisi.. saat memandang orang lain bergembira meluangkan masa bersama bonda tersayang, saat itu lah hati merintih dan berduka.. bukan tidak redha dengan ketentuan Ilahi, tapi masih merasa diri belum cukup berbakti buat bonda yang dikasihi.. masih belum puas menabur bakti, menagih kasih pada seorang ibu.. saat diri mula membesar, dia tak pernah jemu mengajar itu dan ini.. tahan dengan kerenah anak yang terlalu banyak ragamnya.. 

biar diri tak berhias sempurna, asal kan keperluan anak disempurnakan.. 
biar diri tak kenyang dan berlapar, asal perut anak kenyang berisi makanan.. 
biar diri merasa keperitan mencari duit, asal anak senang adanya duit.. 
biar diri tak tinggi pelajarannya, asal anak habis bersekolah..

tak pernah bercerita tentang sengsaranya dia mencari duit.. demi memberi kami sesuap nasi.. bila diri dah cukup dewasa dan matang, diri ini menjadi kawan tempat si bonda bercerita.. baik suka mahupun duka.. bercerita perihal anak-anak.. perihal diri.. sampai satu masa tak sanggup rasanya mendengar.. kerana ketabahanmu ibu, aku bangga punyai kau sebagai ibuku.. 

sakitnya menanggung penyakit.. ku cuba berlakon seolah-olah tidak merasakan apa-apa kesakitan bila melihatnya.. kerana aku percaya "jika kita mahukan

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Tuesday 27 May 2014

TRAINING OF TRAINER 2014

2 comments


seperti tertulisnya tajuk pada entry kali ni, Cik Jah nak tulis tentang pengalaman sikit pasal program ni.. program ni berlangsung pada 23 Mei 2014 hingga 25 Mei 2014, iaitu jumaat hingga ahad yang lepas.. kami diberi bimbingan oleh Awana Unggul, dalam menjayakan program ni.. mereka yang mencurahkan segala ilmu dan pengalaman mereka kepada kami adik-beradik. berlangsung di Mayang Sari Resort, Port Dickson..

hari pertama..

OTW g Shah Alam amik Shida n Aina..
ibu yang amik dan hantar kami ke tempat kejadian..
ceyyy.. hahah.. nasib masa nih lampu merah..
Cik Jah pun sibuk ajak ibu selfie dalam keta.. hee
berkumpul kat Wisma Johawaki ke semuanya.. sepatutnya masa berkumpul 2.30ptg, biasalah muka lambat je selalunya muka Cik Jah nih lah.. namun,bukan sesorang okay.. ada geng lambat bersama.. kesian mereka tunggu kami, maaf ye adik beradik semua.. sampai PD lebih kurang 6.40ptg..disambut oleh team Awana Unggul.. taklimat sikit, pas tu masuk bilik.. epas maghrib turun dewan, ada aktiviti ice-breaking.. sorang2 kena masuk kat tengah-tengah tuh.. malu lah juga, tapi gagahkan diri jugak buat ice-breaking sesorang.. dan, yeahh.. berjaya!! hehe.. dapat ganjaran RM80.. ehh, itu duit yang kami guna sepanjang kem.. hee.. 

lepas tuh, kami makan BBQ pulak.. sotong, udaang, ikan, dan ayam.. masing-masing kelaparan..lepas tu masuk dewan balik, ada lah tentang buku log..ehh, ke salah susunan dah nih? tak pe, yang penting dalam buku log susunan kami betul.. hehe.. task satu, siapkan buku log pukul 6 pagi esok kena submit kat depan pintu Tuan Rambo.. segala aktiviti semua kena rekod, kena jelaskan.. bersengkang mata sampai 4 pagi siapkan buku log.. tido sejam, pukul 5 dah bangun..

Nampak tak dalam lif pun sibuk nak selfie..
tu kami satu rumah..
Nisa, Ifa, Asma, Aina, Shida, adik sorg tu tak ingat nama..
maaf, dekkk.. hee


hari kedua..


ehh! ehh! Cik Jah nih dah masukkan hari kedua sikit kat hari pertama..lebih kurang halal jelah ye.. pagi tuh, kami subuh secara berjemaah.. semua turun, masih lagi on time.. peserta laki yang jadi imam.. okay, siap je Encik D'Janggo bagi tazkirah subuh.. tentang ibu bapa.. tacink sikit masa tuh..baik punya cover, Cik Jah stay cool lagi waktu tuh..habis je tazkirah, senaman pagi..nahhh, kak Ain sampai terjatuh masa tuh..kaki Cik Jah pun sakit jugak okay pagi tu.. apa maknanya? maknanya Cik Jah nih tak buat senaman selalu.. hehe.. habis je makan pagi..maka, bersambunglah aktiviti seterusnya..

ada tentang komunikasi, carta organisasi, dan petang tu ada tentang pendedahan aktiviti outdoor bersama Tuan Rambo.. dari cara pemasangan khemah, ke dalam hutan, alatan yang perlu, dan first-aid.. masa nih, dah macam promoter jual barang dah.. paling banyak, Giant! haha.. kena bahan dia dengan peserta.. cute giler muka kem komanden nih.. tapii, bila muka dia siyess, nak tengok pun takut..tapi, segala input yang diberi sangat berguna.. banyak betul pengalaman dan tunjuk ajar dikongsi bersama kami.. pastu, mandi dalam kolam renang.. ceyyy, bajet pandai berenang je.. hahaha.. Cik Jah acah-acah berani je duk dalam tu.. hehe..nak naik,sekali kena simbah air ngan kem komanden dan ketua jurulatih.. hehe..

malam tu, ada malam kebudayaan.. group kami, tak prepair langsung kot..nasib malam tu diberi masa untuk siapkan malam kebudayaan dan pembentangan proposal.. masa tuh memang siapkan semua lah ceritanya kami..kami dapat silent komedi.. nak buat orang gelak pun payah, ni kan pula tak ada suara.. kami cuba yang terbaikk.. dan kami berjaya! walaupun bukan sehebat kumpulan lain.. lupa pulak, nama kumpulan kali "Army Paradise" ada 6 orang.. ada Cik Jah, sudah semestinya.. hehe.. Hazmi, Akmal, Kila, Mira, and Nisa.. kumpulan kami berjaya puaskan hati juri masa pembentangan, jadi RM2 500 menjadi habuan.. hehe..pukul 2 lebih baru segala aktiviti habis..

tapiiii.. bukan berakhir macam tu je, kami kena siapkan buku log lagi.. setiap

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Thursday 1 May 2014

28 April 2014, 22 Tahun sudah Cik Jah :)

1 comments

28 April 2014 dah berlalu.. hari ni pun dah masuk bulan baru, 01 Mei 2014.. hah, sebelum tu nak wish hari lahir Along kat sini.. Along tu abang ziza no 1.. umur dah 36 tahun dah hari ni.. lahir pulak masa hari pekerja ni kan.... hehe..

“Selamat Hari Lahir Along! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. Semoga berjaya menjadi ketua keluarga buat kak long dan 3 orang puteri.. Walau apa pun jadi, please keep strong.. kalau susah ke ada masalah ke, mesti budak kecik ni jugak kena tadah telinga dengar.. kalau budak kecik nih sakit, Along jugak jadi mangsa kena urut kan.. Selamat Hari tua abang besar! Haha”

Haa, nampak tarikh pertama yg ziza tulis tuh? Tu tarikh budak kecik aka cik jah aka jijah aka si gemok aka tweety aka adik aka Azizah.. haha.. kalau nak tulis semua nama gelaran nih, sampai esok pun tak habis.. pada tanggal 28 April 1992 tepat jam 9.37 malam maka lahirlah insan yang bernama Azizah Binti Aziz ni di muka bumi Allah.. diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan di muka bumi ni.. so, genaplah sudah 22 tahun roh pada jasad ni dipinjamkan Allah.. Alhamdulillah.. moga ziza diberi peluang untuk berbakti di atas muka bumi nih..

Tahun kedua hari lahir jatuh pada ketika badan di bumi kenyalang.. ye, dah dua tahun rupanya.. tahun lepas di Kampung Beradik atas program koko.. pengalaman yang best, sebab masa nak g sana kena naik bot. lebih kurang

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Tuesday 18 March 2014

BESTNYA zaman sekolah!

0 comments
siapa cakap zaman kat universiti ni best? sini angkat tangan nak tengok betapa best ke tak korang punya zaman U ni kan.. sebab ziza rasa zaman U lah yang PALING PALING PALING TAK BEST! sebab?
Entah, susah nak cakap.. tapi semua tu bergantung pada individu je sebenarnya.. ada orang akan cakap, zaman U lah yang paling best dari zaman sekolah.. DEPENDS lah kan.. hee..

zaman belajr paling best dalam hidup ziza, zaman TINGKATAN 6.. siyes, ziza rasa nikmatnya belajar tu.. biasanya Form 6 ni dimanjakan sikit dengan cikgu.. lagi2 masa tu Guru Displin yang ajar Pengajian Am 2 kat sekolah tu.. perghhh.. memang best lah ceritanya kan.. kelas ziza ade 14 orang je, tapi masa Upper 6, tinggal 13 orang sebab Thivya pindah sekolah.. masa Upper 6 tu tak payah cakap lah budak2 kelas ziza nih macam mana.. dalam kelas tu ada artis sekolah.. Shazwan, dia nih kelua kelas kami lah masa tu.. ziza penolong dia je.. hee.. dia siap bawak gitar datang sekolah, dengan ada lirik siap code gitar lagi.. tak ada cikgu apa lagi, melalak lah dalam kelas tu kan..tak macam kelas satu lagi, budak2 dia baik2 je.. kelas kitorang selalu kena bandingkan dengan kelas perniagaan.. tapi kami?? chillexxxx.. HAHAHHA..

Ziza pegi sekolah selamber badak je pakai kasut line merah.. macam sekolah tu saya yang punya lah.. hahah.. teruk betul perangai, padahal cikgu dah tegur pun.. ada sekali tu kan,

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Sunday 9 March 2014

Pray For MH 370!

0 comments

MH370! mendengar saja namanya, pasti kita sebagai rakyat Malaysia tahu akan ceritanya.. berlepas dari KLIA pada jam 12.41 malam yang sepatutnya tiba pada jam 6.30pagi di Beijing hilang dari radar tanpa berita.. sunyi tanpa perkabaran.. kehilangannya masih menjadi misteri rakyat Malaysia.. Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal..

Ajal dan maut bukan sesuatu yang boleh dicapai oleh minda kita..
Ada perenang yang meninggal disebabkan lemas..
Ada doktor yang meninggal disebabkan penyakit..
Ada penerjun yang meninggal disebabkan terjunan itu sendiri..
Ada pelumba basikal meninggal ketika berbasikal..
Ada pesawah meninggal disebabkan asap jerami..

Walaupun sesuatu itu menjadi rutin kita, kepakaran kita, kebiasaan kita..
Terlampau sinonim dengan diri kita..
Tetapi disebabkan masa kita itu telah sampai..
Benda yang kita dah biasa,
Benda yang kita dah pakar,
Benda yang sinonim dengan jiwa kita..
Masih boleh menjadi maut kita..

Bukan salah MAS,
Bukan salah Pilot,
Malah bukan salah sesiapa pun..
Kerana apabila Allah berkata "Kun Faya Kun"
Maka dengan sekelip mata benda itu terjadi..

#PrayForMH370 #PrayForMH370 #PrayForMH370!!

Semoga mereka masih lagi selamat..
Semoga mereka masih lagi mampu bertahan..
Semoga kita masih boleh menemui mereka..
Semoga masih ada lagi sinar untuk mereka kembali 

#PrayForMH370 #PrayForMH370 #PrayForMH370

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye