::KATAKU::

kitA hAnyA iNsAn biAsA yAnG tAk mAmpU uNtuK puAskAn hAtI sEtiAp iNsAn LaiN..yAnG pEntinG kitA tAhU siApA diRi kitA SudAh mEmAdAi

::BILA HATI BERSATU::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 19 June 2014

TIGA TAHUN SUDAH PEMERGIAN BONDA TERSAYANG

cepatnya masa berlalu.. hari ni dah 19 Ju 2014.. walaupun entry nih dah dua minggu yang lalu siap ditaip, tapi kekangan masa yang teramat akhir-akhir nih tak sempat nak on lappy pun.. adat lah menjadi student.. ditambah pula dengan minggu peperiksaan yang sedang berlangsung.. okayy, kembali kepada topik pada entry kali nih.. dah dua hari berlalu dari tarikh keramat nih,17 Jun 2014.. maka genaplah 3 tahun pemergian arwah mak ke pangkuan Maha Pencipta.. "17 Jun 2011 bersamaan 15 Rejab 1432 iaitu pada hari Jumaat jam 6.30 pagi" tarikh dan masa keramah yang tersemat elok di sanubari.. entry ketiga, yang mungkin ada persamaan dengan ENTRY PERTAMA di sini atau ENTRY KEDUA di sini.. tanpa rasa jemu tanpa rasa lelah untuk bercerita tentang bonda tersayang.. rasa cinta yang tak pernah padam, rasa rindu yang tak pernah berpenghujung..

3 tahun dah rupanya hidup tanpa seorang bonda di sisi.. saat memandang orang lain bergembira meluangkan masa bersama bonda tersayang, saat itu lah hati merintih dan berduka.. bukan tidak redha dengan ketentuan Ilahi, tapi masih merasa diri belum cukup berbakti buat bonda yang dikasihi.. masih belum puas menabur bakti, menagih kasih pada seorang ibu.. saat diri mula membesar, dia tak pernah jemu mengajar itu dan ini.. tahan dengan kerenah anak yang terlalu banyak ragamnya.. 

biar diri tak berhias sempurna, asal kan keperluan anak disempurnakan.. 
biar diri tak kenyang dan berlapar, asal perut anak kenyang berisi makanan.. 
biar diri merasa keperitan mencari duit, asal anak senang adanya duit.. 
biar diri tak tinggi pelajarannya, asal anak habis bersekolah..

tak pernah bercerita tentang sengsaranya dia mencari duit.. demi memberi kami sesuap nasi.. bila diri dah cukup dewasa dan matang, diri ini menjadi kawan tempat si bonda bercerita.. baik suka mahupun duka.. bercerita perihal anak-anak.. perihal diri.. sampai satu masa tak sanggup rasanya mendengar.. kerana ketabahanmu ibu, aku bangga punyai kau sebagai ibuku.. 

sakitnya menanggung penyakit.. ku cuba berlakon seolah-olah tidak merasakan apa-apa kesakitan bila melihatnya.. kerana aku percaya "jika kita mahukan orang itu kuat, kita juga perlu kuat supaya dia tak melihat kelemahan kita.." cuba bertahan, cuba sembunyikan segala rasa.. saat arwah mak sakit, mata ini sendiri yang tengok segala perubahan mak.. 

mak yang dulunya gempal berisi, hilang semua isi.. 
kulit yang biasa bertukar warna hitam.. 
rambut yang lebat dan panjang berguguran dan menjadi botak.. 
selera makan yang dahulunya membuak-buak entah hilang ke mana.. 
ketabahan dan kesabaran yang ada semakin bercampur emosi.. 
hari-hari dilalui dengan air mata dan kematian menjadi perbualannya setiap hari..

dahulunya diri ini akan tidur bersama dengan mak, biarlah nak cakap anak manja ke anak mak ke.. tapi selalunya akan tidur dengan mak.. tapi bila arwah mak sakit, dia jarang-jarang bagi diri ni tidur bersama.. bukan benci bukan jua tidak suka.. tapi menurut mak badan mak sakit-sakit kalau dipeluk terus.. menurut pandangan mata kasar, tulang mak umpama disalut kulit semata-mata..isi entah hilang kemana.. sayunya rasa hati.. mengurus mak saban hari memberi kekuatan dan semangat untuk terus belajar.. walaupun saat dan ketika itu aku sendiri rasa tak cukupnya masa untuk belajar.. ke sana ke mari diri ini pergi.. 

melihat kesakitan mak dan kekurangan kakak saat aku berusia 18 tahun, seperti ada satu semangat yang bertiup dalam diri ini..kerana aku percaya kata-kata dan doa seorang ibu mujarab.. impian dan harapan mak untuk melihat aku ke menara gading.. aku usahakan untuk sampai ke tahap tu.. dalam hati tak putus berdoa agar mak sempat melihat diri ini berjaya.. tapi, Allah lebih sayangkan mak.. hati ini terlalu ingin menziarahimu duhai bonda, tapi mata ini tak cukup kuat untuk menahan tangisan apabila melihat pusaramu.. dari jauh ku kirimkan doa.. semoga doaku sampai kepada mu di sana.. hati ini terlalu merinduimu bonda..

selain mak, Muhammad Haniff bin Musa ialah insan yang selalu ada di kala susah dan senangnya hidup Azizah binti Aziz ni.. dia yang tahu jatuh bangunnya aku.. dari saat mak ada, sampai lah sekarang.. terus-terusan memberi semangat bila aku jatuh.. tanpa rasa jemu.. tanpa minta dibalas.. dengan penuh kesabaran melayan setiap kerenah aku.. dengan tabah memberi peluang dan ruang.. menyokong penuh setiap perubahan yang aku lakukan.. dalam hati hanya berdoa, semoga adanya jodoh antara kami..

Semoga kau tenang di sana bersama orang-orang yang beriman.. Semoga Allah menjaga dan memeliharamu di sana.. satu saat dan ketikanya nanti, kita pasti akan bersua.. ku tunggu saat dan waktu itu.. aku berdoa agar kita dipertemukan di alam sana duhai bondaku sayang.. 

Pada akhirnya.. Semua akan menemukan yg namanya titik jenuh.. Dan pada saat itu.. Kembali adalah yg terbaik.. Kembali pada siapa..??? Kpd “DIA” pastinya.. Bismika Allohumma ahya wa amuut."

...AL-FATIHAH...

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

No comments: