::KATAKU::

kitA hAnyA iNsAn biAsA yAnG tAk mAmpU uNtuK puAskAn hAtI sEtiAp iNsAn LaiN..yAnG pEntinG kitA tAhU siApA diRi kitA SudAh mEmAdAi

::BILA HATI BERSATU::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 11 April 2012

BERSAHABAT MENURUT ISLAM

2 comments
Assalamualaikum.. entry nih ziza nak sambung tentang entry yg lepas..da bca ke belum? kalau belum..baca di sini dulu ye!tak tahu kenapa ziza rasa rajin plak nak buat entry sahabat kali nih..da2, pnjg sangat da pembuka kata ziza nih..jom baca ye.. 

Secara ringkasnya bersahabat menurut islam…
1) Hak dalam harta
Dalam sebuah hadith ada disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Perumpamaan dua org saudara adalah seperti dua tangan yang satu membersihkan yang lainnya.." H.R dailami.. Hadith ini menyebutkan bahawa dalam persahabatan itu perlu ada saling bantu-membantu dalam menunaikan tujuan yang satu tujuan yang utama itu bahawa kita sebagai sahabat perlu memberikan sahamnya secara bersama2 baik dalam keadaan suka dan duka ,gembira dan sengsara..
2) Hak dalam memberi pertolongan dengan tenaga dan lain2
Salah satunya adalah hak untuk memenuhi keperluan sahabat.. Apabila seorang kawan berhajatkan bantuan dan kita pula mampu untuk menolongnya, bantulah dia dengan disertai wajah yang manis,ramah tamah, ikhlas dan air muka yang gembira untuk menunjukkan bahawa kita suka apabila sahabat kita itu meminta bantuan daripada kita..
Seorang ulama pernah berkata : Perhatikanlah saudara-saudaramu itu dalam 3 persoalan iaitu "jikalau ada yg sakit, tinjaulah dan jikalau ada yang dalam kesibukan, berikanlah pertolongan dan jika ada yang dalam kealphaan, maka peringatkanlah ia.."

Dalam hal ini Allah taala ade berfirman : "Orang2 mukmin ialah yang saling kasih-mengasihi antara sesama mereka itu" ayatullah ini menunjukkan supaya kita sayang-menyayangi dan kasih-mengasihi dengan sahabat2 kita..
3) Hak dalam lidah dan hati :


Ada dua perkara iaitu berdiam diri dan berkata-kata..Berdiam diri maksudnya, sebagai seorang sahabat yang baik seharusnya kita tidak boleh bercakap2 tentang keaiban sahabat..bahkan perintah menutup aib org lain juga perlu dipraktikkan kepada seluruh umat manusia..Tidak menyebarkan keburukan sahabat baik semasa sahabat berada di depan ataupun tidak.. Dan jika sahabat itu bercerita kepada kita tentang rahsianya, tidak wajarlah kita menceritakan kepada sahabat2 yang lain pula..
Sabda Rasulullah s.a.w : "Barangsiapa yang menutup cela saudaranya, maka Allah ta’ala akan menutupi celanya di dunia dan akhirat" Riwayat Ibnu Majah.. Dalam riwayat lain ada menyebutkan :
Sabda Rasulullah : "Dua org yang duduk bercakap2 itu harus disertai dengan amanat.. Tidak halal salah seorang di antara keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak disenangi  olehnya" H.R Hakim..
Sebaliknya pula jika ada perkara baik atau pujian sampaikanlah berita2 gembira pada sahabat itu.. Rasulullah pernah bersabda : "Mohonlah perlindungan Allah dari pada tetangga yang jahat, apabila melihat kebaikan org lain ia selalu menutupinya dan apabila ia nampak keburukan, ia selalu menampak-nampakkannya" H.R Bukhari..
Dengan berkata-kata pula,saling nasihat-menasihati, mengenali dengan lebih mendalam lagi sahabat2 dengan cara berkomunikasi.. Sabda Rasulullah s.a.w : "Apabila seseorang dari kamu semua mencintai saudaranya, hendaklah memberitahukan hal itu kepadanya" H.R Abu Dawud,Tirmidzi dan Hakim.. maknanya di sini, kita bagitaulah kepada sahabat kita yang kita menyukainya agar selepas itu sahabat akan lebih sayang kepada kita..
Selain itu, salah satu cara menunaikan hak sahabat ialah memanggilnya dengan gelaran yang paling disukai oleh sahabat itu.. Ini akan lebih menggembirakannya..
Umar r.a pernah berkata : "Ada 3 perkara yang dapat menjernihkan kamu mengenai kecintaanmu kepada saudara2mu iaitu, engkau mendahului mengucapkan salam sewaktu bertemu dengannya, hendaknya engkau memberikan ruang tempat duduk untuknya di dalam majlis dan hendaklah kau panggil ia dengan nama yang paling disukainya"
4) Hak dalam memberi kemaafan


Memaafkan saudara adalah satu perbuatan mulia..baik kesalahan itu dilakukan secara sengaja ataupun tidak.. Jika kesalahan sahabat itu bertentangan dengan agama, wajiblah menasihatinya dengan ramah dan lemah-lembut.. Seorang ulama pernah berkata : "Kemuliaan hati ialah dengan jalan memberi maaf kepada kesalahan2 sahabat2mu"
5 )Hak dalam mendoakan


Mendoakan sahabat baik semasa hayatnya ataupun matinya..Doakanlah kesejahteraan dan kejayaan saudara2 sebagaimana kita mendoakan untuk diri kita sendiri.. Sabda Rasulullah s.a.w : "Apabila seorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat : Kamu pun menerima sebagaimana doamu itu" H.R Muslim..


Sahabat2 yang di dalam rahmat Allah,
Begitu besarnya pengertian sahabat menurut islam..Semua umat islam adalah bersaudara..Sudah sewajarnya kita sayang-menyayangi,hormat-menghormati dan bantu-membantu..dan dalam erti kata lain, memenuhi hak2 sebagai seorang sahabat .. Pilihlah sahabat yang dapat membawa kita kepada kebaikan..Tidak dinafikan pengaruh sahabat besar dalam hidup kita..Sekiranya kita dapat menasihati kawan yang tergelincir sedikit, itu adalah yang sebaik-baiknya daripada terus membiarkan dia hanyut dan tergelincir lebih jauh dari landasan agama..
sebelum ziza undur diri dari entry kali nih..hayatilah maksud hadith ini..
“Bertemankan si pembuat haruman, walaupun kita tidak harum wangian, namun harum aromanya tersebar jua, bertemankan si pembuat besi, walaupun tidak menempah besi, percikan baranya terkena jua”
sekian dulu.. sebarang kesilapan..harap diperbetulkan bersama..insyaAllah.. 

~SEKIAN~

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye