::KATAKU::

kitA hAnyA iNsAn biAsA yAnG tAk mAmpU uNtuK puAskAn hAtI sEtiAp iNsAn LaiN..yAnG pEntinG kitA tAhU siApA diRi kitA SudAh mEmAdAi

::BILA HATI BERSATU::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 3 September 2013

kerana kau yang bergelar KAWAN

1 comments

Assalamualaikum pembuka bicara! Hehe.. lama kan ziza tak update new entry kat blog nih.. disebabkan ada masalah yang tak dapat dielakkan, ziza memang  taka da masa untuk blog ni.. sekarang nih cuti sem pun dah nak habis.. Alhamdulillah ziza nak masuk ke tahun dua pengajian di bumi kenyalang tu.. sebelum balik sana, ziza nak kongsikan sikit pengalaman ziza masa cuti nih tentang kawan..

K.A.W.A.N? byk maksudkan? Meh sini ziza tafsirkan mengikut apa yang ziza faham k.. setiap orang pasti ada maksud yang tersendiri kan? Pada ziza kawan nih ada masa kita senang je, masa kita susah dia tak ada pun bersama dengan kita.. berlainan pula dengan S.A.H.A.B.A.T.. pada ziza, sahabat nih ada masa kita susah dan senang.. sahabat yang sanggup tolong kita bila kita jatuh.. yang mampu bangkitkan kita bila kita di bawah..yang ada bagi kita semangat bila kita kita diuji..

Masa cuti nih ziza banyak perhatikan tingkah laku kawan2 ziza tanpa dorang sendiri sedari.. ada jugak yang ziza dengar dari orang terdekat ziza tentang kawan nih..

1)      Ada kawan yang makan kawan..suruh kawan buat sesuatu yang salah sedangkan diri sendiri terlepas, sudahnya kita yang jadi mangsa..  ambil kesempatan atas diri kita untuk lepaskan diri sendiri..

2)      Ada jugak yang kawan menegur kerana sayangkan kita.. bila kita ditegur, kita rasa kawan kite tu betul2 nak kan yang terbaik dari kita..

3)      kawan yang tinggalkan kita bila dah senang.. kawan macam nih memang ramai sangat2 kan.. bila susah cari kita, bila senang terus angkat kaki.. kita susah pun dia tak nak tolong kite kan?

4)      Kawan yang suka cari kesalahan kita.. kawan yang baik tak kan terus terusan cari semua kesalahan kita sebaliknya dia akan menegur kesalahan kita.. kan?

5)      Kawan bila dah ada yang lain.. apa maksudnya ye? Kawan bila dia dah jumpa orang lain yang jauh lebih segalanya dari kita.. bak kata orang, habis madu, sepah dibuang.. hehe..

6)      Sahabat yang setia di sisi.. walaupun kita susah, dia ada tolong kita.. bukan masa kita susah je, sebaliknya bila dia susah kita pun ada untuk dia.. susah kan nak cari sahabat macam tuh? Agak2 boleh tak kita jadi macam tuh?

7)      Sahabat yang akan menolong kita untuk kita berjaya.. dia akan usaha sama2untuk melihat kita juga capai kejayaan yang sama macam orang lain bersama dia.. dia akan ada untuk bantu kita usaha..

8)      Sahabat yang sama2 akan rasa sakit bila kita sakit.. tak banyak orang macam nih.. bila kita jatuh, dia jua turut merasakan jatuhnya.. bila kita menangis, dia jua akan menangis.. yang ada, bila kita ketawa dia ada, bila kita susah dia tak ada.. kan?

9)      Sahabat yang akan kekal bersama walaupun jarak terpisah.. sahabat memang tak semestinya ada depan mata kita.. tapi sekarang ni ada banyak cara untuk berhubung kan? Hubungan kita tak akan terpisah hanya kerana kita berjauhan kan?

10)   Sahabat yang baik.. dia akan menyokong kita kalau sesuatu perkara tu mendatangkan kebaikan pada kita.. tapi dia jugak akan menghalang kita adai sesuatu perkara tu mendatangkan kesan pada kita.. kan? Dia tak akan sokong semua benda yang kita buat, dia jugak tak akan haling kita dalam semua perkara..

Kenapa ada lima awalnya “kawan” dan lima awalnya “sahabat”? emm, ada maksud sebenarnya.. hehe.. btw, kalau korang rasa tak betul apa yang ziza tulis nih tu terpulang lah kat korang ye.. sebab tu apa yang ziza rasa je.. setiap orang ada pendapat yang berlainan kan?

“kadang2 kita tak boleh nak percayakan orang sepenuhnya.. sebab takut kita sendiri yang akan makan hati..”
“kadang2 kita tak boleh nak marahkan semua orang, sebab diri kita sendiri tak cukup sempurna untuk menilai orang..”
“kadang2 kita tak boleh nak dendam dengan orang sebab semua orang pun buat salah.. semua orang pun berhak dimaafkan..”
“kadang2 kita tak boleh nak jaga hati semua orang, tapi cukuplah bila kita tahu menghargai perasaan orang lain..”

Ok lah, sampai sini dulu kot.. t panjang2 makin meleret2 plak ziza taip.. btw, hargailah kawan, sahabat, teman, rakan, dan apa sahaja geleran yang korang gunakan ye.. sebab hidup nih tak selalunya indah.. langit pun tak selalunya gelap kan? So, nilai diri sendiri dulu baru kita nilai orang okay.. ziza berpesan pada diri sendiri jugak..


Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye