::KATAKU::

kitA hAnyA iNsAn biAsA yAnG tAk mAmpU uNtuK puAskAn hAtI sEtiAp iNsAn LaiN..yAnG pEntinG kitA tAhU siApA diRi kitA SudAh mEmAdAi

::BILA HATI BERSATU::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 18 March 2014

BESTNYA zaman sekolah!

siapa cakap zaman kat universiti ni best? sini angkat tangan nak tengok betapa best ke tak korang punya zaman U ni kan.. sebab ziza rasa zaman U lah yang PALING PALING PALING TAK BEST! sebab?
Entah, susah nak cakap.. tapi semua tu bergantung pada individu je sebenarnya.. ada orang akan cakap, zaman U lah yang paling best dari zaman sekolah.. DEPENDS lah kan.. hee..

zaman belajr paling best dalam hidup ziza, zaman TINGKATAN 6.. siyes, ziza rasa nikmatnya belajar tu.. biasanya Form 6 ni dimanjakan sikit dengan cikgu.. lagi2 masa tu Guru Displin yang ajar Pengajian Am 2 kat sekolah tu.. perghhh.. memang best lah ceritanya kan.. kelas ziza ade 14 orang je, tapi masa Upper 6, tinggal 13 orang sebab Thivya pindah sekolah.. masa Upper 6 tu tak payah cakap lah budak2 kelas ziza nih macam mana.. dalam kelas tu ada artis sekolah.. Shazwan, dia nih kelua kelas kami lah masa tu.. ziza penolong dia je.. hee.. dia siap bawak gitar datang sekolah, dengan ada lirik siap code gitar lagi.. tak ada cikgu apa lagi, melalak lah dalam kelas tu kan..tak macam kelas satu lagi, budak2 dia baik2 je.. kelas kitorang selalu kena bandingkan dengan kelas perniagaan.. tapi kami?? chillexxxx.. HAHAHHA..

Ziza pegi sekolah selamber badak je pakai kasut line merah.. macam sekolah tu saya yang punya lah.. hahah.. teruk betul perangai, padahal cikgu dah tegur pun.. ada sekali tu kan, cikgu siap bagi cadangan, jangan sampai budak arus perdana nampak, nanti kantoii.. baikk punya cikgu cover gua beb! heheh.. masa nak hari kantin kat sekolah tu, siap datang rumah cikgu sediakan bahan.. petang sampai ke malam kau berkampung kat rumah cikgu.. nama dia cikgu Rohaliza, merangkap MAMA kami di Empayar 6A2 masa tuh.. hee..

walaupun Form 6 ni berat jugak sebenarnya, tapi kami ni selalu je ada lawatan sambil belajar dekat luar.. ehh bukan belajr sangat pun kan, lebih kepada jalan2 cuci mata.. enjoy, enjoy gitu.. tak fikir apa2 pun.. seronok sebab pegi ramai2 kan.. sibuk lawat sana sini, bila sebulan lagi nak STPM haa amik kau.. baru kami semua nampak apa itu buku.. hehe.. kalau nak cerita apa yang berlaku sepanjang setahun setengah tuh, satu entry memang lah tak cukup kan.. banyak sangat yang nak diceritakannya sebenarnya.. hehe..
kat bawah ni ziza serta kan sikit gambar kenangan dulu kala.. HAHAHA.. "macam lama sangat je ceritanya kan" hee.. rindu sangat kawan2 masa sekolah.. bukan je Form 6, malah dari Tadika, kesekolah rendah, sekolah agama, sekolah menengah, dan teknik juga.. 


nih masa upper 6.. cikgu tak ada dalam kelas, pakat turun bawah snap2.. haha..



Lawatan sambil belajr ke UM!
dulu nak sangat amik Ekonomi kalau masuk U..
sekarang dah dapat, haaa amikkk kaw!
hehe


Lawatan ke Istana Kehakiman..
tengok tu, banyak tu jelah Form 6 2010/2011
hehe :)


Eh! Eh! terselit pulak gambar raya.. 
tahun lepas rasanya ni..
Entah! tak ingat..
sini kenalkan, yang duduk atas kerusi dari kiri :
Faz, Palin, Ziza, and Haney
bawah tu : Shikin, Syeda
*_*



Lawat ke Melaka.. hehe..
lepas pada tu kami jejalan round satu Melaka..



Tadaaaaa! hehe.. 
inilah kelas ziza, tapi Faz, Omana, Man, and Vatshan tak ada..
tak tahu hilang g mana dorang masa kami amik gambar nihh..

okayyy.. sekian saja entry kali ni okay.. jumpa lagi di entry akan datang.. hehe.. 
*_*

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

No comments: