::KATAKU::

kitA hAnyA iNsAn biAsA yAnG tAk mAmpU uNtuK puAskAn hAtI sEtiAp iNsAn LaiN..yAnG pEntinG kitA tAhU siApA diRi kitA SudAh mEmAdAi

::BILA HATI BERSATU::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 4 March 2012

MUHASABAH DIRI

Assalamualaikum warga blogger! Ha..ziza kembali lagi di entry yang lain kali nih..okayh!! kita tukar mood dari entry yang lepas ye.. kali nih ziza nak cerita tentang “muhasabah diri” plak ye.. kalau nak tahu lebih lanjut pe yang ziza nak cite nih, boleh lah teruskan membaca hingga tamat ye.. tapi kalau tak sudi, seperti biasa lah.. next blog kayh! Terima kasih sudi terjah blog yang tak seberapa nih..

Setiap yang berlaku pasti de hikmahnya.. betul tak? Selalunya Allah akan datangkan kita dengan pelbagai dugaan dan cabaran.. kalau kita tak mampu untuk hadapi cabaran tu, mesti Allah pon tak uji kita sebegitu rupa.. semua orang akan hadapi situasi yang sama.. ziza sendiri pon tak lari dari ujian dan dugaan dari Allah.. ziza percaya, kalian pon mungkin pernah rasa ‘give up’ kan? Tapi.. bila difikirkan balik, sebenarnya Allah saying kan kita semua.. yelah, kalau tak, takkan Allah sering kali menguji hamba – Nya kan..

Kita semua nih sama je di sisi Allah.. yang lain nya, IMAN DAN TAQWA kita je..amal kebajikan yang kita lakukan juga lah yang akan dihisab suatu hari nanti.. iaitu di padang masyar nanti.. ziza nih idak lah pandai bab2 agama nih.. tapi, sebagai suatu perkongsian sesame saudara seislam.. tak da benda yang nak dibanggakan dengan harta, pangkat, mahupun darjat seseorang tuh.. memang di dunia martabat seseorang tuh dipandang mulia.. disanjung tinggi.. tapi bila amal kebajikan kita nak dihisab nanti, Allah tak pandang semua tu..yang dikira, DOSA dan PAHALA..bukan HARTA mahupun DARJAT!

Setiap orang melakukan kesilapan.. setiap orang juga pernah salah dalam membuat keputusan..

Tapi, keadaan macam tu bukan lah kekal untuk selamanya.. kalau diberi peluang untuk mengubah keadaan, mengapa kita tak memanfaatkan semua tu.. misalannya, jika seseorang lelaki yang sering ditinggalkan kekasihnya, mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan diri lelaki tersebut.. betul tak? Bukan semua perempuan yang memandang harta benda, tapi kebiasaannya perempuan akan menilai diri seseorang lelaki itu.. setiap orang perlu untuk memuhasabah diri.. memperbetulkan apa yang perlu..

Manusia nih perlu berubah untuk menjadi yang lebih baik walau seteruk mana pun diri dia sebelum nih..

Jangan lah kita menghina perubahan seseorang tu.. mungkin kerana sikap kita yang acap kali dengki dengan apa yang dimiliki nya.. perubahan itu perlu jika menuju kea rah kebaikan.. tapi macam ziza cakap tadi, setiap orang tak lari daripada kesilapan.. betul kan? Bila seseorang tu nak berubah, jangan lah kita mengungkit apa yang pernah dilakukan suatu masa dahulu.. mungkin itu kesilapan lampau dia.. dan semua tu dah jadi sejarah pon kan.. kita perlu bangkit dan pandang ke depan untuk beroleh kejayaan.. bukan memikirkan perkara yang dah lepas dan mungkin semua tu kesilapan lampau seseorang tu kan..

Okayh lah! Entry nih dah tiba di penghujungnya.. ziza minta maaf kalau pe yang ziza cakap nih ada yang terasa hati.. ziza pun manusia biasa yang tak lari dek kesilapan..

#..kesilapan itu sesuatu yang perlu diperbetulkan untuk menghadapi hari – hari yang mendatang..#

~SEKIAN~


Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

3 comments:

Cik Lyeen said...

http://dewisyifaindehouse.blogspot.com/2012/03/segmen-saya-blogger-baharu-fasa-3.html ANDA DI TAG

dect. Amir said...

amir rasa mcm bnyk la yg kena amir tempuh lps bca..
xpe2..
no pain, no gain..

ziza said...

hehe..betul2..nih sekadar 1 perkongsian je.. :)