::KATAKU::

kitA hAnyA iNsAn biAsA yAnG tAk mAmpU uNtuK puAskAn hAtI sEtiAp iNsAn LaiN..yAnG pEntinG kitA tAhU siApA diRi kitA SudAh mEmAdAi

::BILA HATI BERSATU::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 3 May 2012

28 APRIL 2012 akan ku ABADIKAN segalanya!

Assalamualaikum! hehe.. sekarang da 2hb mei.. ish.. da lme r lepas tarikh 28 nih kan? memang dah lepas pun.. tapi deq kerana ziza tak sempat nak update entry nih, so memang lah jadi lambat kan.. ada apa ye 28 april nih? hehe.. waaaahhh!! ini tarikh keramat dalam hidup ziza kot.. cuma tahun nih, ada yang lainnya.. tak macam sebelum2 nih..meh ziza share sikit pe yang best sangat tarikh nih pada ziza.. :)

mula2 28 April besday ziza.. hehe.. alamak, dah 20 tahun lah ziza.. dah cukup matang dah kalau untuk seorang perempuan kan? hehe.. tak pe2, still muda lagi ok.. huhu.. besday ziza, pujangga hati bagi hadiah.. comel sangat.. tahu tak dia bagi apa? dia bagi ziza puzzle yang ada gambar ziza dan ucapan2 manis.. sweet sangat.. ziza tanya, " kenapa letak gambar nih? " dia cakap, " dalam gambar nih, awak nampak cubby " .. yooo! gambar yang cubby jugak die nak amik.. amik lah edisi kurus sikit.. hehe.. apa pun, puzzle itu sangat comel.. LIKE IT! hehe.. edisi malam, angah ziza bawak pegi makan.. peghh! makan besar lah kan.. dengan anak buah ziza dan adik kakak ipar ziza.. hehe.. tapi, tiada seri nya juga jika BONDA tercinta tiada di sini meraikan detik keriangan.. AL- FATIHAH~

Ok yang kedua, 28 April 2012 ziza dapat anugerah kualiti dari pihak sekolah.. sangat HAPPY rasa hati.. mana tidak nya, sepanjang ziza kat skol tuh, tak pernah dapat anugerah atas pencapaian exam ziza.. "tu lah, banyak sangat main kau nih ziza.." hehe.. anugerah koko tuh penah lah dapat.. so, memang tersangat lah teruja bila di undang dengan majlis segah nih kan.. ALHAMDULILLAH ziza
masih diberi kesempatan untuk merasai nikmatnya pemberian Allah.. ~sesungguhnya, janji ALLAH itu pasti untuk hamba-Nya~.. ziza dapat apa yang arwah mak nak.." mak..bila mak tak ada, macam2 impian mak yang adik tak sempat nak tunai kan suatu masa dulu, adik dapat tunai kan sekarang.. andai mak masih ada di sisi, indahnya dunia jika dapat berkongsi detik indah bersama.. sungguh adik rindu mak.." angah ziza datang sekolah masa tuh.. dia sempat amikkan satu anugerah ziza.. ziza sampai sekolah tepat pada masanya.. so, ziza sempat lah nak naik atas pentas tuh untuk anugerah paling bermakna, anugerah STPM.. yang lagi satu ada kat budak kelas ziza.. wahh, jujur! nak nangis masa naik pentas.. terharu + happy gile! mahu tak, stpm hari tuh memang susah.. target ziza rendah je.. tak sangka sangat.. TERIMA KASIH YA ALLAH..

yang ketiga, ziza dapat untuk ujian MEdSI.. pe benda lah nih kan? nih ujian untuk jadi cikgu.. kalau lulus dapat temuduga.. dan lulus lagi boleh lah sambung jadi cikgu.. hehe.. tapi ziza tak berharap terlalu tinggi.. ziza dah usaha yang terbaik masa jawab..dapat atau tak, ziza terima rezeki yang Allah dah tentukan..sebab tuh lah ziza tak dapat pergi anugerah kualiti.. tapi pagi tu ziza sempat pergi sekolah..tinjau2 sekolah kejap..amik berkat lah kata kan.. hehe.. den pergi ujian.. disebabkan masih sempat, kami pergi ke sekolah pule.. nak tengok tak gambar? klu tak nak, g ke next blog.. huhu..

* comel tak? tak2..bukan ziza..sebelah tuh..ini mama kami di 6A2'11, love u lah ma.. *

* ini fazleana..si tukang beli nasi lemak masa sekolah..kantin jauh kot.. tahniah kawan! *




* ini cikgu Sharifah.. cikgu Pengajian Am 1 *

* dari kiri - man, cikgu, pujangga hati, dan wan *


* ini cikgu sivik ziza dulu.. sekarang nih, dia baik dan rapat sangat ngan ziza.. terima kasih cikgu *

* caaakkk! hahah.. celah daun pun bole..sian faz kena amik pic ziza byk2.. time kasih awak.. muah2! *

* itu Mela bersama faz.. nih dah sampai SMK Seksyen 18.. MEdSI test woo huu.. *

* dari kiri ayah fatin, mama fatin, fatin, dan jannah.. *

* yuhuuu! pes time tengok dia pakai macam nih.. hehe *

* ini dia best student skol ziza.. pergi MEdSI jugak..omana nair *

* ini cikgu sejarah 2, cikgu sivagami.. paling sporting.. selalu kena bahan.. cian cikgu.. tapi saya sayang cikgu taw.. tak buli pun.. hahaha *

* ini cikgu makro, cikgu Fatimah.. mak Aliff.. jiran sebelah kelas..hahaha *

* ini namanya si jejaka2 perasan macho..haha *

* ini dia cikgu mikro.. cigu Zaida.. homework selalu ada kalau ada mikro.. hehe.. *


* dua dari kiri jayasri dan wani.. classmate ziza yang bijak pandai..hehe *

gambar2 nih ziza dah upload di muka buku dah.. sapa2 yang add ziza kat sana, mesti dah tengok kan? xpe lah..2x baru afdhal..haha.. terima kasih sebab sudi meluangkan masa di blog tercinta ziza nih.. 

# 28 APRIL 2012 tarikh keramat, tarikh indah, tarikh bermakna.. tak mungkin ku padam memori indah yang tercipta di usia 20.. hehe.. :) #

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

4 comments:

dect. Amir said...

pertama skali, amir nk ucapkan taniah kerana utk anugerah yg ziza terima dan kerana telah pergi ke ujian MedSI.
yang kedua, amir harap ziza akan berjaya dgn apa yang ziza impikan dan amir akan doakan agar ziza berjaya.
tu je la dr amir.

ziza said...

terima kasih amir! ujian tuh ziza tak yakin boleh dapat, tapi ziza dah try yang terbaik dah..ada rezeki, ada lah tu kan.. moga2 kita semua berjaya.. bukan hanya di dunia, malah di kehidupan yang abadi nanti.. insya-Allah.. :)

Unknown said...

Hepi besday !!

ziza said...

thankz aina.. dah brbln dah lpas nih awk.. hehe
btw, thankz k wish.. :)