::KATAKU::

kitA hAnyA iNsAn biAsA yAnG tAk mAmpU uNtuK puAskAn hAtI sEtiAp iNsAn LaiN..yAnG pEntinG kitA tAhU siApA diRi kitA SudAh mEmAdAi

::BILA HATI BERSATU::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 18 June 2012

walaupun PAHIT, MANISnya masih ada

3 comments

fuhhh!! banyaknya habuk kat blog nih.. dah bersawang-sawang dah blog ziza nih kan.. apa boleh buat, akhir2 nih ziza agak busy dengan macam2 hal..entry kali nih ziza ingin meluahkan rasa.. blog menjadi medan kedua ziza meluahkan rasa selepas si pujangga hati.. rindu ziza makin menebal.. sayang ziza masih tersimpan rapi di hati buat insan yang ISTIMEWA di hati dan hidup ziza..

17 jun 2011 yang lalu, ziza kehilangan dia.. sekarang jam di lappy ziza menunjukkan 11.47 malam.. dah setahun dah dia tinggalkan ziza.. 6:30 pagi tadi genap setahun.. "dah setahun dah mak tinggalkan adik mak.. rindunya tak terhitung banyaknya.." bukan mudah untuk ziza harungi macam2 benda yang mendatang tanpa insan yang bergelar ibu.. dan bukan mudah untuk ziza bangkit kembali setelah jatuh.. benarlah kata orang, tanpa mak kita bukan siapa2 di dunia.. pada mulanya ziza sendiri susah kawal emosi.. ziza kehilangan mak untuk selamanya.. bukan sahaja mak, malah ayah juga pergi bersama mak.. ziza dibesarkan tanpa insan yang bergelar bapa.. mak adalah ibu, ayah, kawan, dan sahabat ziza.. dalam masa yang sama ziza kehilangan segalanya..

... mak.. mak selalu cakap, kalau kita tak kuat, Allah tak uji kita.. kalau kita tak mampu, Allah tak bagi kita.. nak mengadu kasih, tiada tempat.. nak cerita pada kawan, teman, sahabat? semuanya ada kehidupan dah mak.. tapi haniff tetap menjadi pendengar setia adik lepas mak tak ada.. akhir2 nih adik selalu mimpi mak..

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Thursday, 3 May 2012

28 APRIL 2012 akan ku ABADIKAN segalanya!

4 comments
Assalamualaikum! hehe.. sekarang da 2hb mei.. ish.. da lme r lepas tarikh 28 nih kan? memang dah lepas pun.. tapi deq kerana ziza tak sempat nak update entry nih, so memang lah jadi lambat kan.. ada apa ye 28 april nih? hehe.. waaaahhh!! ini tarikh keramat dalam hidup ziza kot.. cuma tahun nih, ada yang lainnya.. tak macam sebelum2 nih..meh ziza share sikit pe yang best sangat tarikh nih pada ziza.. :)

mula2 28 April besday ziza.. hehe.. alamak, dah 20 tahun lah ziza.. dah cukup matang dah kalau untuk seorang perempuan kan? hehe.. tak pe2, still muda lagi ok.. huhu.. besday ziza, pujangga hati bagi hadiah.. comel sangat.. tahu tak dia bagi apa? dia bagi ziza puzzle yang ada gambar ziza dan ucapan2 manis.. sweet sangat.. ziza tanya, " kenapa letak gambar nih? " dia cakap, " dalam gambar nih, awak nampak cubby " .. yooo! gambar yang cubby jugak die nak amik.. amik lah edisi kurus sikit.. hehe.. apa pun, puzzle itu sangat comel.. LIKE IT! hehe.. edisi malam, angah ziza bawak pegi makan.. peghh! makan besar lah kan.. dengan anak buah ziza dan adik kakak ipar ziza.. hehe.. tapi, tiada seri nya juga jika BONDA tercinta tiada di sini meraikan detik keriangan.. AL- FATIHAH~

Ok yang kedua, 28 April 2012 ziza dapat anugerah kualiti dari pihak sekolah.. sangat HAPPY rasa hati.. mana tidak nya, sepanjang ziza kat skol tuh, tak pernah dapat anugerah atas pencapaian exam ziza.. "tu lah, banyak sangat main kau nih ziza.." hehe.. anugerah koko tuh penah lah dapat.. so, memang tersangat lah teruja bila di undang dengan majlis segah nih kan.. ALHAMDULILLAH ziza

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Tuesday, 1 May 2012

beza antara SUKA dan CINTA

7 comments
Assalamualaikum semua! ha.. tuh, baca tak tajuk entry kali nih? jiwang tak tajuk die? hehe.. alaa, bukan selalu kan ziza nak berjiwang2 kat blog kesayangan nih..hehe.. kali nih, ziza nak kongsi ilmu sikt..pada mereka yang tak tahu, meh ziza bagitahu pe beza dua2 perasaan nih.. nih pe yang ziza tahu lah kan..hehe.. jom, scroll sampai habis meh..hehe.. ada 8 perbezaan antara suka dan cinta tapi pada situasi yang sama.. cuma perasaan dan tingkah laku je yang berbeza.. nak tahu? jomm...  :)

! kalau kita SUKA kat orang tu, ini yang kita rasa !

  1. di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira..
  2. di hadapan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin je..
  3. jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum..
  4. di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej kita yang sebenar..
  5. di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa sahaja..
  6. kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka..
  7. bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk buat dia gembira..
  8. perasaan suka bermula dari telinga.. jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang umpama kita membuang telinga kita..



! kalau kita CINTA kat orang tu, mungkin ini apa yang kita rasa !
  1. di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang..
  2. di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga - bunga..
  3. jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku..
  4. di depan orang yang kita cinta, kita akan menjadi malu..
  5. di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata - kata..
  6. kita tak akan merenung mata orang yang kita cinta..
  7. bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis..
  8. perasaan cinta bermula dari kata.. jika kita menutup mata, cinta akan berbuah menjadi airmata..
haa.. dah habis pun..hehe.. macam mana? ada tak yang sama kat korang semua antara yang ziza senaraikan nih? tepuk dada, tanya selera.. mana lah ziza tahu ka.. hati korang, korang je yang tahu.. yang nih cuma satu perkongsian je, korang kaji lah balik ye.. mana tahu salah ke.. sekadar perkongsian je k..

entry nih TAK ADA KAITAN langsung dengan sesiapa kayh! " ilmu tu akan lebih bertambah jika dikongsi.. tetapi, ilmu boleh berkurangan bila disimpan sendiri "

# sekian sahaja di entry nih, nanti kita jumpe di next entry k.. taaa daaa :)  #

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Sunday, 22 April 2012

kalian adalah SAHABAT!

7 comments
Assalamualaikum semua! ziza nak cerita sikit pasal kawan ziza nih..dorang nih ziza kenal masa di bangku sekolah lagi..pada dasarnya lah kan, ada je di antara yang ziza cite nih, masa dekat sekolah dulu dorang tak pernah nak tegur ziza, ziza pun memang tak pernah lah kan nak try2 tegur dorang nih..tak ada masa nak tegur lelaki dulu haihh! sebab tuh lah ada yang gelar ziza nih sombong masa kat sekolah..tak kisah lah nak gelar apa pun, yang penting kita tahu kita macam mana kan?  :) dan ada jugak yang ziza kenal dari sekolah rendah lagi..dan ALHAMDULILLAH kami masih utuh bersama hingga kini~



* maaf ye amir, ziza amik pic nih kat FB amir..hehe..


ha, nampak tak gambar kat atas nih? nama dia MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN ABDULLAH..ha, hansem tak? haha..dia nih tak pernah lah satu kelas dengan ziza..dia jiran ziza..bukan jiran sebelah rumah lah..jiran kelas ziza je dulu..hehe..kelas dia dulu belakang kelas ziza je..so, kalau kelas dorang nak pegi makmal ke, bengkel ke, apa ke..memang selalu lah nampak..tak kan tak nampak kan..dah lalu depan kelas kot..hehe..tapi, tak pernah plak tegur..baru2 nih je baru tegur2..tu pun kat FB kayh..dah habis sekolah baru lah nak tegur2 nih kan..biase lah tu, baru matang lah kata kan..sekarang nih, amir nih belajar kat UPNM..die nih memang pandai lah..best kawan dengan dia..cakap pun kadang2 tu ada lah isi nya..  :) best lah kawan dengan awak nih amir..


* aniz..pic ko pun aku amik kat FB ko..sorry ye amik tak bagitahu..hehe..nak buat entry je pun kat sini..

ok,mangsa kedua..hehe..nama dia ANIZ ZAKWAN..tak sure lah betul ke tak eja nama dia nih..hehe..dia nih pun ziza baru je tegur2..tu pun die yang tegur ziza dulu..kat FB lah kan..hehe..dia nih lagi lama lah..rumah ktorg nih xda lah jauh mana pun..lintas jalan je, sampai lah rumah dia..disebabkan tak bertegur dari kecik kan, memang macam tak kenal lah..hehe..dulu2 satu tadika, sekolah rendah pun satu sekolah..masuk sekolah menengah pun sama sekolah..dah form 4, masuk teknik..haihh! satu sekolah jugak dgn si aniz nih..tak paham betul..bila dah habis sekolah, nahh..umur 20 tahun, baru lah bertegur sapa..lama kan? hehe..


* nih time hang out yang terbaru..dalam tahun nih lah..
( dari kanan - syakinah, sabrina, ummirah, ainan, mela )

habis dah cita tentang dua orang jejaka yang baru masuk dalam friend list ziza..hehe..sekarang nih, nak cerita tentang kawan baik, baik karib, sahabat, dan teman2 ziza pulak..hehe..ziza ada kawan..dari sekolah rendah lagi kenal..dan memang rapat lah..ada antaranya yang ziza naik bas and van sama2 masa balik sekolah..memang best lah..sampai sekolah menengah pun sama jugak..nih sahabat2 yang ziza kawan dari sekolah tadika lagi, NURUL SYAKINAH BINTI AZIZAN, AINAN NAJIHAH BINTI MOHD MUSLEH, NORAZLINA BINTI RADZUAN, MELA SARI BINTI SAL EFENDI dan ZANARIAH BINTI HAMDAN.. biasa lah, rumah kami dekat je, so memang rapat lah masa kecik2 kan..yang nih plak, sahabat2 yang ziza kenal dari sekolah rendah..NUR AMELIA BINTI ALI MUZAR, NUR UMMIRAH BINTI WAHAB ALI, BADRIAH IZZATI, NUR SABRINA BINTI ABD RASHID, NURUL SYUHADAH BINTI ARIADI, dan NURUL AFIQAH BINTI ZAKARIA..mereka2 nih, ziza kawan sampai lah sekarang nih..


* pic nih kat rumah ainan masa abg dan kakak dia kawen
( yang tengah2 berdiri tuh afiqah )

sepanjang perkenalan kami, macam2 coretan suka duka kami lakarkan bersama.. bila saat sejarah yang terlakar itu indah, ziza rasa macam nak je masa yang sama ziza lalui bersama dulu..paling banyak kenangan kami, di sekolah menengah..kami sertai pertandingan bersama2..jadi wakil sekolah, jadi ajk kelab..semuanya bersama..kadang2 kami tak rancang pun pakai baju yang sama warna, bila jumpa tengok sama..naluri sahabat mungkin..indahnya zaman sekolah tak dapat nak ziza coretkan bersama..terlalu banyak kisah antara kami..

"sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula persahabatan kami ni".. asam garam sebuah persahabatan kan..kami pernah hadapi masalah jugak..kami jugak pernah bergaduh sesama kami..bermasam muka..kata mengata..lagi2 di usia setahun jagung menjadi remaja, memang cepat je angin nya datang kan..tapi, ALHAMDULILLAH..berkat masalah yang datang dulu telah mengeratkan hubungan kami..kami semakin matang dalam mengenal erti PERSAHABATAN.. ya, ziza akui..sekarang nih semua kawan2 ziza tengah mengejar impian..ziza pun masih mencari hala tuju ziza..walaupun kami jauh di mata, jarang berhubung, jarang dapat luangkan masa bersama, tapi kami masih dekat di hati antara satu sama lain..tak perlu berkata2, cukuplah sekadar mengingati dan mendoakan sesama kami..


nak tengok gambar kami bersama? mehh..scroll sampai habis ye gambar2 kami yang sweet mewit nih..hehe..


* pic nih masa lepas SPM..tengok, muka pun budak2 lagi tuh..hehe..
( dari kanan - ummirah,norazlina (tudung hitam), sabrina, ziza, syuhadah, mela, syakinah )



mela dan sabrina di sunway!


* nih pic ziza dengan amelia  :)


 * raya terakhir yang kami dapat berkumpul bersama
( yang belakang pakai tudung putih hujung tuh badriah )


* nih masa dorang semua keluar main bowling kat IOI MALL..

# sekian sahaja entry kali nih dari ziza..jumpe lagi di entry yang berikut ye #

INGAT - INGAT ITU REMEMBER,
JANGAN LUPA ITU DON'T FORGET,
SAYA SAYANG KAMU, I LOVE YOU,
HANYA KAMU, ONLY YOU...





Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye