::KATAKU::

kitA hAnyA iNsAn biAsA yAnG tAk mAmpU uNtuK puAskAn hAtI sEtiAp iNsAn LaiN..yAnG pEntinG kitA tAhU siApA diRi kitA SudAh mEmAdAi

::BILA HATI BERSATU::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 23 November 2015

SEGULUNG IJAZAH SARJANA MUDA EKONOMI DENGAN KEPUJIAN DALAM GENGGAMAN


hari nih dah 23 November 2015, maka genaplah seminggu aku menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda.. Alhamdulillah, sekarang aku merupakan salah seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Antarabangsa) dengan Kepujian.. Alhamdulillah.. impian setiap orang sebenarnya untuk mendapatkan segulung Ijazah.. Masa 16 November 2015 (Isnin yang lalu), Mak Long, Pak Long, Ibu, Ayah, Amy, dan Adik datang.. Dulu ingatkan masa amik scroll tu nanti aku sensorang je.. Biasalah, orang tak ada mak ayah.. "Mak, ni hadiah untuk mak.. Adik tahu, mak nak sangat tengok adik dapat masuk universiti.. mak cakap mak akan bangga kalau adik dapat masuk universiti awam sebab universiti swasta nih, asal ada duit, boleh je nak masuk.. mak nak adik buat yang terbaik masa STPM dan boleh boleh IPTA.. Alhamdulillah, adik berjaya dah hari ni mak.." I wish you was there beside me.. Al-Fatihah..

Masa Tahun 1 dengan Tahun 2, semuanya okay.. stress tu biasa lah kan.. hehe.. life sebagai student, semuanya lebih kurang je.. tapi nak dijadikan cerita, masa Tahun 1, aku mengalami kejutan budaya lah jugak.. sebab pertama, makanan kat Bumi Kenyalang ni.. nak jumpa kedai yang masak pedas, sangat lah susah masa nih.. yela baru Tahun 1, mana lah tahu kedai mana kan.. aku nih kalau makan nak pedas je, baru lah puas.. lama-lama jadi okay lah.. bila balik Puchong, tak pandai nak makan pedas dah.. mula lah berair mata, berpeluh-peluh.. tak biasa nak makan pedas balik.. hehe.. sebab yang kedua, tempat dia jauh semuanya.. kalau nak pegi beli barang, stok makanan ke, cari buku ke hape ke, mesti kena sewa keta.. duit tuh tak payah cakap lah macam mana kan.. lagi pulak kos kat Sarawak lebih tinggi dari Semenanjung.. Sebab ketiga, susah nak bezakan Islam dengan bukan Islam.. sebab dorang nih putih-putih.. kulit dia memang cantik lah.. kalau nak beli dulu, selalu fikir banyak kali kalau kena kedai yang tak biasa tuh.. heheh..

Tahun 3 atau Final Year aku sebagai pelajar degree sangat sangat mencabar.. aku pernah gagal subjek, dia punya stress tak payah nak kata lah.. 2 tahun okay je, Tahun 3 kantoi pulak.. dah fikir macam mana lah aku nak habiskan belajar on time ni.. tapi tak pernah nak mengalah.. buat jugak, kuatkan semangat.. ulang balik sem berikutnya.. masa nih lah thesis aku kena reject banyak kali.. kena buat balik.. dan aku pulak buat primary data.. sedangkan budak ekonomi sepatutnya buat secondary data.. fuhhh! stress giler.. sebab lain aku belajar, lain aku kena buat.. da lah kena belajar sendiri.. puas google, puas youtube.. belum lagi kira dengan aku mintak tolong junior, roomate, budak fakulti sebelah.. terima kasih korang semua! sem terakhir sebelum Latihan Industri, memang pecah rekod.. 25 credit hour aku amik.. dengan elektif, dengan generik, dengan teras, ditambah pulak dengan Final Year Project.. fuhhh! complete untuk membuatkan tidur malam aku tak lena..

Makan minum entah kemana.. rehat boleh dikira.. dengan sakit masa tuh.. macam-macam dugaan datang.. aku pesan pada diri, "kena kuatkan semangat, tak boleh menyerah sebab kena grad on time.. kan dah janji masa sem 1 dulu.. tak pe, susah dulu.. balik nanti raikan! hehe.." Puas lah nak suntik semangat kat diri sendiri nih supaya kekal tabah dan teruskan usaha.. dan bila keluar result, fuhhh! TERKEJUT!!! Terkejut tak terkata.. sebab itulah result terbaik aku.. berkat usaha dan semangat yang tak pernah give up.. Alhamdulillah.. 

Dan kini, segala penat lelah, jatuh bangun, sakit dan seksa terbayar dengan segulung Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian.. aku bangga sebab usaha bersama hingga aku ke tahap nih.. dah seminggu berlalu baru nak cerita tentang Konvokesyen Ke-19 UNIMAS.. Bukan mudah nak membiarkan jari jemari nih menari atas papan kekunci.. sebab aku sendiri perlukan kekuatan.. TAHNIAH kepada semua Graduan UNIMAS 2015!

Bumi Kenyalang.. aku akan merinduimu.. tempat perit lelahku di sana tika aku berseorangan..
Bumi Kenyalang.. namamu kan terpahat di dasar sanubari..
Jika ade umur yang panjang, akan ku pergi jejakkan kaki di sana lagi..

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

No comments: