::KATAKU::

kitA hAnyA iNsAn biAsA yAnG tAk mAmpU uNtuK puAskAn hAtI sEtiAp iNsAn LaiN..yAnG pEntinG kitA tAhU siApA diRi kitA SudAh mEmAdAi

::BILA HATI BERSATU::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 12 November 2015

KEHIDUPAN SEORANG SISWAZAH DI BUMI KENYALANG


hari nih dah 12 November, tinggal beberapa hari je lagi nak sarung jubah konvo UNIMAS dengan rasminya.. Alhamdulillah, 3 tahun di Sarawak, membawa hasil yang memuaskan.. Pointer tak lah power sangat, tapi Alhamdulillah dapat grad dengan pointer yang melepasi pagar atau kata lainnya cukup-cukup makan.. Alhamdulillah!! Menetap di Puchong, Selangor.. Pada mulanya terkejut jugak bila datang Sarawak, nak pegi memana sume jauh.. dah terfikir macam mana nak bergerak ni, semua jauh.. kena sewa kereta.. tapi Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan..

Tahun 1 kat Sawak memang lah payah sikit.. mana tak nya, budaya tak sama, cara hidup pun lain.. sini terang nya cepat, gelapnya pulak awal.. mecam pelik jugak lah mula-mula.. Tahun 1 still duduk dalam kolej lagi.. kolej kesayangan masa nih, Bunga Raya (BRC).. duduk sini memang lah kena aktif aktiviti kolej, kalau tak, memang kena tendang duduk luar lah.. Pointer sem 1 not bad lah, berusaha keras sebab tak nak gagal walaupun 1 subjek.. sebab tak nak extend.. HAHAHHA.. yela, homesick tu tak payah cakap lah.. memang hari-hari rasa nak balik.. rindu family.. duduk kat sawak nih, betul-betul rasa macam duduk luar negara.. makanan dia pun tak sama dengan semenanjung.. tapi best!! sedap jugak.. hehe..

Tahun 2 berjalan dengan lancar.. masih berusaha untuk dapatkan pointer yang baik dan berazam setiap hari untuk baiki mutu pelajaran.. tak cukup rehat, tak cukup duit, tak cukup tidur, itu biasa.. adatlah menjadi seorang student di perantauan.. Tahun 2 nih dah mula masuk subjek yang berkaitan kos.. pening kepala lah jugak bila benda-benda baru nak kena tahu, hafal segala kan.. segalanya msih dalam keadaan yang elok.. masa nih masih ada yang memberi semangat, walaupun jauh, walaupun sibuk.. berhubung setiap hari.. Alhamdulillah, diri semakin kuat nak habiskan belajar on time..

Tahun 3, fasa yang sangat mencabar dalam life aku sebagai student.. macam-macam masalah baru datang.. yang lama pun tak settle lagi.. tapi diri cuba kuat sebab aku yakin Allah masih sayangkan aku.. sakit, sampai seminggu tak pegi kelas.. lecturer cari dalam kelas, kena marah tu biasa.. lagi-lagi lah masa nih aku tahun akhir, sibuk dengan Projek Tahun Akhir (PTA) atau FYP.. stress dia, hanya Allah yang tahu.. sebab aku nak tunaikan janji habis belajar on time, aku amik lebih kredit hour.. sampai aku rasa boleh ke aku nak bawak nih? kuatkan jugak semangat, walaupun sendiri.. hilang tanpa jejak, tak dapat berhubung.. tak apa, akan ku buktikan pada mu satu hari nanti bahawa aku mampu.. dan Alhamdulillah, aku berjaya lalui semuanya.. ikat perut tu tak payah cakap, makan pun dicatu kadang-kadang tuh.. Pengorbanan ku tak sia-sia..

Hari terindah, hari bermakna akan tiba.. 16 November 2015, genap 6 bulan sepatutnya.. senyum dan terus senyum.. tak mengapa, kini kau perlu kuat.. kata hati pada diri.. jangan pernah mengalah dalam apa pun usaha yang kau buat.. biarlah apa pun orang cakap, asal kau dapat buktikan segalanya.. selalu aku pesan pada diri.. sebab aku hanya mampu bagi semangat kat diri sendiri.. dan aku tertarik dengan satu kata-kata yang aku baca semalam, "jangan senang melihat orang lain susah, dan jangan susah melihat orang lain senang.." 

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

No comments: