::KATAKU::

kitA hAnyA iNsAn biAsA yAnG tAk mAmpU uNtuK puAskAn hAtI sEtiAp iNsAn LaiN..yAnG pEntinG kitA tAhU siApA diRi kitA SudAh mEmAdAi

::BILA HATI BERSATU::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 4 April 2012

perSAHABATAN itu INDAH!!

2 comments
Assalamualaikum semua warga blogger!! yang bukan pun boleh jgk lah..hehe..entry kali nih ziza nak cerita sal SAHABAT.."kenapa ya tiba2 je ziza nak naikkan entry nih?" sebab..ada lah sahabat ziza nih.. "kenapa dengan dia?" biarlah rahsia ye..hehe..ziza kat sini tak nak mengaibkan sesiapa pun..jom lah scroll ke bawah ye..baca dengan TELITI ye..  :)
- Pujangga pernah berkata, "persahabatan yang TIDAK JUJUR umpama meniti BUIH di lautan..Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran..Mencari sahabat sejati bukanlah mudah..ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka..
-Sahabat sejati NILAINYA TIADA BANDINGAN.. Dia ibarat BERLIAN yang terbenam di dasar lumpur.. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua..Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab..Sama bergembira di waktu senang,  membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan..
-Meskipun mungkin MENEGUR ITU MUNGKIN DISALAHTAFSIRKAN, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat….diteruskannya juga..Sahabat sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa..Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari..Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa..Biarpun jauh, nilai persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan..
MENURUT IMAM GHAZALI, persahabatan itu harus dilandaskan dengan JIWA YANG BERSIH..Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:"Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”..Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan..Justeru itu, marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali ini.
* ziza amik maklumat nih dari sumber yang boleh dipercayai.. renung-renungkan ye.. mungkin ziza pun ada salah dan silapnya, ziza mintak maaf sangat2 kepada yang terasa hati..jujurnya, ziza SAYANGKAN SAHABAT ziza.. *

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Tuesday, 20 March 2012

KEGEMBIRAAN suatu KESEDIHAN pada diriku! *PART 2*

0 comments
Assalamualaikum semua!! entry kali nih ziza nak sambung tentang entry sebelum nih..dah baca ke belum enty tu?ha, pegi lah baca dulu ye..nanti baru paham..baca kat sini kayh! haa.. dah habis baca belum entry tuh? dah kan? cerita dalam tu memang agak tergantung..so, entry nih ziza sambung ye.. baca sampai habis ye.. :) 

emm..mak..bila keputusan STPM keluar..adik tak dapat nak rai kan kejayaan adik.. adik tahu, mak mesti gembira tengok keputusan adik nih..mak yang sokong adik wat STPM.. mak cakap, 'kita nih bukan lah berlatar belakang kan orang yang senang dah mewah dari kewangannya'.. mak sambung lagi, 'kalau adik nak pergi politeknik tu, pergi lah..kan boleh buat pinjaman PTPTN.. mana2 adik masuk pon mak tak kisah..yang belajarnya adik, bukan mak..untuk masa depan adik, bukan mak.. kalau adik berjaya nanti pon, mak tumpang senang je dik..' masih segar dalam ingatan kata2 yang mak lemparkan satu masa dahulu.. adik dah pilih Tingkatan 6 sebagai pilihan adik..adik dah buat yang terbaik masa STPM hari tu.. tapi... adik tak tahu lah macam mana nak bagitahu mak yang adik dah berjaya capai target adik masa STPM tu..

masa amik keputusan tu, memang lah adik takut sangat2..sebab adik rasa Sejarah adik gagal.. sebab adik tak dapat buat yang terbaik masa kertas 2.. soalan memang mencabar.. tak yakin adik akan lulus subjek tu.. tapi adik dah usaha sehabis mungkin masa tu mak.. memang adik berserah je mak.. bila keputusan keluar, tak sangka adik dapat B sejarah..terkejut adik mak.. TIBA - TIBA ............................
...
.
.
.
.
.
.
..
......

raut wajah mak datang dalam ingatan adik.. teringat kat mak.. dulu2.. kalau adik dah dapat keputusan mesti mak teman setia yang akn tggu adik..sama ada tunggu kat dapur dgn masakn atau depan pintu..pada asalnya, adik teruja lah nak balik.. dalam hati dah membuak2 dah.. 'tak sabarnya nak tunjuk kat mak' terdetik dalam hati masa tu.. tiba2..ziza tersedar dari lamunan.. 'mak mana ada kat rumah..mak tak ada dah..bukan sebab mak keluar.. tapi mak dah tinggalkan adik dan dunia nih utk selama2nya..tiada lagi...'

disaat semua orang berkongsi kegembiraan dengan BONDA tercinta..ziza hanya mampu termagu keseorangan dalam rumah..hanya bacaan Yassin yang ziza mampu lakukan masa tu..sekeping gambar terakhir yang sempat diambil bersama.. gambar2 dengan mak semua dah tak ada..handphone ziza dicuri pada hari mak pergi..yang ada hanyalah memori kita bersama suatu masa dahulu..walau mak tiada di sisi, kehangatan tangan mu masih ku rasa sehingga kini bondaku..

sebelum ziza akhiri entry kali nih, ziza nak bagitahu..yang Pujangga Hati pon dapat keputusan yang cemerlang STPM hari tu.. hasil usaha bersama..di saat2 akhir, perpustakaan MPSJ menjadi lokasi 'date' kami untuk beberapa bulan sebelum menjelangnya hari peperiksaan..ada jugak jiran2 tetangga yang mula berkata2 tentang ziza..yelah..hampir setiap hari ziza keluar kan dengan Si Dia.. tapi..orang tak pernah tahu hala tuju kami..terpulang lah nak kata apa..mak cakap, 'mulut orang bukan macam tempayan, yang boleh kita tutupkan..biar je apa orang nak cakap..dia pun ada anak..ada cucu..biar Allah yang uruskan semuanya..'  

* INGAT-INGAT itu remember *
* jangan LUPA itu don't forget *
* saya SAYANG kamu, i love you *
* HANYA kamu, only you *

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Sunday, 18 March 2012

KEGEMBIRAAN suatu KESEDIHAN pada diriku! *PART 1*

2 comments
 Assalamualaikum semua.. entry kali nih tentang apa yang ziza rasa pada saat keputusan STPM 2011 diumumkan pada tanggal 07 Mac 2012 yang lalu iaitu pada hari Rabu!dah lama kan? tapi ziza baru je dapat kekuatan nak tulis entry nih..KNP???!! SEBABNYA... awak akn tahu bila scroll entry nih till the end kayh..

Saat nih memang tengah menghitung detik je menanti keputusan keluar.. hanya Allah je yang tahu betapa hebatnya degupan jantung ziza time tu.. yelah, ziza nih idak lah sepandai dan secerdik kawan2 ziza.. jujurnya, ziza malu bila mereka lebih berjaya.. nampak sangat yang ziza tak yakin diri kan.. tapi, itu lah ziza.. mula2 dalam dewan ade 3 org cikgu je.. tapi.. bila penyelaras Form 6 masuk!! walaaahhh!! memang macam nak terkeluar lah kan.. mahu tak nya, keputusan dah ade kat dia..

mula2 dapat result MUET.. pas tu cikgu umumkan sorang2 nama pelajar CEMERLANG! wahhh.. kalian memang superb lah.. yg best student dari kelas ziza, memang tak sangka lah.. dulu dia paling malas, paling kuat tidur.. last2, yang terbaik.. mahu tak bangga ada kawan kelas yg berjaya.. ok, lepas tu umum plak pelajar yang dapat A bagi setiap subjek.. mula2 SEJARAH, lepas tu PENGAJIAN AM, diikuti EKONOMI, dan diakhiri BAHASA MELAYU! PENGAJIAN PERNIAGAAN tak da ke? haah, xde.. mungkin soalan tuh terlalu berat kot.. ziza tak amik, so tak tahu lah kan..ziza tak boleh nak komen lebih2 lah..huhuu..antara banyak2 subjek nih, satu daripadanya ziza dapat..1 je ke ziza? tapi cukup bermakna..sebab STPM nih susah dia boleh tahan lah jugak..

ok, bila habis je..sorang2 g lah amik result..sampai la turn ziza..peghh! takutnye..macam tak nak bukak je.. bukak2, ALHAMDULILLAH!! 3 subjek dapat atas 3.00, 1 lagi 2.75..hehe..keseluruhan nya ziza dapat bape ek? 
nak tahu??? huhu..xde lah cemerlang bagi mereka yang pandai2 2 kan..tapi, bagi ziza yang tak bape nak bijak sangat nih, cukup cemerlang..pointer ziza dapat lah lebih 3.00..

ziza berjaya SAHUT CABARAN salah SEORANG kenalan ziza nih..dia nih macam selalu nak jatuhkan ziza..kononya ziza main2, sebab tu lah susah nak maintainkn pointer macam dia..HELLO!!! 'awak tahu ke saya main2? saya ade banyak kerja dan masalah lah tyme tu..so, cakap jangan ikut sedap je kayh!!' dia nih dulu amik diploma..boleh lah cite kan..cikgu ziza cakap, diploma nih lagi senang dari STPM..REALITINYA~ ziza tak tahu lah..tapi bila dia MEMPERLEKEHKAN ziza, rasa macam nak belasah je kan..emm.. sabor je r~

saat ziza GEMBIRA dgn result ziza, tiba2 SEBAK rasa hati.. hanya ALLAH je yang tahu..ziza teringat kat arwah mak..saat ziza capai kejayaan, ziza tak dapat nak berkongsi dengan mak..ziza tak dapat nak buat mak bangga masa nih..dulu tyme result UPSR keluar, ziza mampu buat mak menangis kegembiraan.. masa PMR plak, mak tak caya dengan keputusan ziza..sebab ziza banyak main2 kat rumah..tapi mak tak tahu yang ziza sungguh2 kat sekolah..tapi sayang..bila SPM, ziza sendiri pun sedih dengan keputusan ziza..SANGAT MENGHAMPAKAN!! 'mak mesti kecewa dgn adik kan? tapi mak tak cakap..sebab mak tak nak tambah kesedihan adik masa tu..adik tahu, adik dapat baca raut wajah mak..maafkan adik mak'..

nih BONDA ziza yang tercinta..adik SAYANG mak sangat2!! tunggu adik kat 'sana' ye mak..nanti adik jumpa mak..INSYA-ALLAH..

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Sunday, 4 March 2012

MUHASABAH DIRI

3 comments

Assalamualaikum warga blogger! Ha..ziza kembali lagi di entry yang lain kali nih..okayh!! kita tukar mood dari entry yang lepas ye.. kali nih ziza nak cerita tentang “muhasabah diri” plak ye.. kalau nak tahu lebih lanjut pe yang ziza nak cite nih, boleh lah teruskan membaca hingga tamat ye.. tapi kalau tak sudi, seperti biasa lah.. next blog kayh! Terima kasih sudi terjah blog yang tak seberapa nih..

Setiap yang berlaku pasti de hikmahnya.. betul tak? Selalunya Allah akan datangkan kita dengan pelbagai dugaan dan cabaran.. kalau kita tak mampu untuk hadapi cabaran tu, mesti Allah pon tak uji kita sebegitu rupa.. semua orang akan hadapi situasi yang sama.. ziza sendiri pon tak lari dari ujian dan dugaan dari Allah.. ziza percaya, kalian pon mungkin pernah rasa ‘give up’ kan? Tapi.. bila difikirkan balik, sebenarnya Allah saying kan kita semua.. yelah, kalau tak, takkan Allah sering kali menguji hamba – Nya kan..

Kita semua nih sama je di sisi Allah.. yang lain nya, IMAN DAN TAQWA kita je..amal kebajikan yang kita lakukan juga lah yang akan dihisab suatu hari nanti.. iaitu di padang masyar nanti.. ziza nih idak lah pandai bab2 agama nih.. tapi, sebagai suatu perkongsian sesame saudara seislam.. tak da benda yang nak dibanggakan dengan harta, pangkat, mahupun darjat seseorang tuh.. memang di dunia martabat seseorang tuh dipandang mulia.. disanjung tinggi.. tapi bila amal kebajikan kita nak dihisab nanti, Allah tak pandang semua tu..yang dikira, DOSA dan PAHALA..bukan HARTA mahupun DARJAT!

Setiap orang melakukan kesilapan.. setiap orang juga pernah salah dalam membuat keputusan..

Tapi, keadaan macam tu bukan lah kekal untuk selamanya.. kalau diberi peluang untuk mengubah keadaan, mengapa kita tak memanfaatkan semua tu.. misalannya, jika seseorang lelaki yang sering ditinggalkan kekasihnya, mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan diri lelaki tersebut.. betul tak? Bukan semua perempuan yang memandang harta benda, tapi kebiasaannya perempuan akan menilai diri seseorang lelaki itu.. setiap orang perlu untuk memuhasabah diri.. memperbetulkan apa yang perlu..

Manusia nih perlu berubah untuk menjadi yang lebih baik walau seteruk mana pun diri dia sebelum nih..

Jangan lah kita menghina perubahan seseorang tu.. mungkin kerana sikap kita yang acap kali dengki dengan apa yang dimiliki nya.. perubahan itu perlu jika menuju kea rah kebaikan.. tapi macam ziza cakap tadi, setiap orang tak lari daripada kesilapan.. betul kan? Bila seseorang tu nak berubah, jangan lah kita mengungkit apa yang pernah dilakukan suatu masa dahulu.. mungkin itu kesilapan lampau dia.. dan semua tu dah jadi sejarah pon kan.. kita perlu bangkit dan pandang ke depan untuk beroleh kejayaan.. bukan memikirkan perkara yang dah lepas dan mungkin semua tu kesilapan lampau seseorang tu kan..

Okayh lah! Entry nih dah tiba di penghujungnya.. ziza minta maaf kalau pe yang ziza cakap nih ada yang terasa hati.. ziza pun manusia biasa yang tak lari dek kesilapan..

#..kesilapan itu sesuatu yang perlu diperbetulkan untuk menghadapi hari – hari yang mendatang..#

~SEKIAN~


Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye