::KATAKU::

kitA hAnyA iNsAn biAsA yAnG tAk mAmpU uNtuK puAskAn hAtI sEtiAp iNsAn LaiN..yAnG pEntinG kitA tAhU siApA diRi kitA SudAh mEmAdAi

::BILA HATI BERSATU::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 12 November 2015

KEHIDUPAN SEORANG SISWAZAH DI BUMI KENYALANG

0 comments

hari nih dah 12 November, tinggal beberapa hari je lagi nak sarung jubah konvo UNIMAS dengan rasminya.. Alhamdulillah, 3 tahun di Sarawak, membawa hasil yang memuaskan.. Pointer tak lah power sangat, tapi Alhamdulillah dapat grad dengan pointer yang melepasi pagar atau kata lainnya cukup-cukup makan.. Alhamdulillah!! Menetap di Puchong, Selangor.. Pada mulanya terkejut jugak bila datang Sarawak, nak pegi memana sume jauh.. dah terfikir macam mana nak bergerak ni, semua jauh.. kena sewa kereta.. tapi Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan..

Tahun 1 kat Sawak memang lah payah sikit.. mana tak nya, budaya tak sama, cara hidup pun lain.. sini terang nya cepat, gelapnya pulak awal.. mecam pelik jugak lah mula-mula.. Tahun 1 still duduk dalam kolej lagi.. kolej kesayangan masa nih, Bunga Raya (BRC).. duduk sini memang lah kena aktif aktiviti kolej, kalau tak, memang kena tendang duduk luar lah.. Pointer sem 1 not bad lah, berusaha keras sebab tak nak gagal walaupun 1 subjek.. sebab tak nak extend.. HAHAHHA.. yela, homesick tu tak payah cakap lah.. memang hari-hari rasa nak balik.. rindu family.. duduk kat sawak nih, betul-betul rasa macam duduk luar negara.. makanan dia pun tak sama dengan semenanjung.. tapi best!! sedap jugak.. hehe..

Tahun 2 berjalan dengan lancar.. masih berusaha untuk dapatkan pointer yang baik dan berazam setiap hari untuk baiki mutu pelajaran.. tak cukup rehat, tak cukup duit, tak cukup tidur, itu biasa.. adatlah menjadi seorang student di perantauan.. Tahun 2 nih dah mula masuk subjek yang berkaitan kos.. pening kepala lah jugak bila benda-benda baru nak kena tahu, hafal segala kan.. segalanya msih dalam keadaan yang elok.. masa nih masih ada yang memberi semangat, walaupun jauh, walaupun sibuk.. berhubung setiap hari.. Alhamdulillah, diri semakin kuat nak habiskan belajar on time..

Tahun 3, fasa yang sangat mencabar dalam life aku sebagai student.. macam-macam masalah baru datang.. yang lama pun tak settle lagi.. tapi diri cuba kuat sebab aku yakin Allah masih sayangkan aku.. sakit, sampai seminggu tak pegi kelas.. lecturer cari dalam kelas, kena marah tu biasa.. lagi-lagi lah masa nih aku tahun akhir, sibuk dengan Projek Tahun Akhir (PTA) atau FYP.. stress dia, hanya Allah yang tahu.. sebab aku nak tunaikan janji habis belajar on time, aku amik lebih kredit hour.. sampai aku rasa boleh ke aku nak bawak nih? kuatkan jugak semangat, walaupun sendiri.. hilang tanpa jejak, tak dapat berhubung.. tak apa, akan ku buktikan pada mu satu hari nanti bahawa aku mampu.. dan Alhamdulillah, aku berjaya lalui semuanya.. ikat perut tu tak payah cakap, makan pun dicatu kadang-kadang tuh.. Pengorbanan ku tak sia-sia..

Hari terindah, hari bermakna akan tiba.. 16 November 2015, genap 6 bulan sepatutnya.. senyum dan terus senyum.. tak mengapa, kini kau perlu kuat.. kata hati pada diri.. jangan pernah mengalah dalam apa pun usaha yang kau buat.. biarlah apa pun orang cakap, asal kau dapat buktikan segalanya.. selalu aku pesan pada diri.. sebab aku hanya mampu bagi semangat kat diri sendiri.. dan aku tertarik dengan satu kata-kata yang aku baca semalam, "jangan senang melihat orang lain susah, dan jangan susah melihat orang lain senang.." 

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Thursday, 5 November 2015

HIDUP TAK SELALUNYA MANIS

0 comments

Hye reader semua.. lama rasanya jari jemari tak menari-nari kat atas papan kekunci nih.. btw, entry kali ni lebih kepada apa yang Cik Jah buat lepas tamatnya Semester ke 6 dan tamatnya Latihan Industri pada Semester ke 7.. Alhamdulillah.. dan serba sedikit jugak tentang apa yang jadi sepanjang tahun 2015 nih.. (ceyyy macam nak tahun baru dah bunyinya.. padahal lagi 2 bulan.. layan jela kan.. HAHAHA..)

Bulan 6 lepas habis je Final exam, terus nak balik Puchong.. tapi disebabkan tiket mahal dan tak berkemampuaan, jadi Cik Jah balik malamnya.. masa sampai rumah tak terus balik, tidur rumah Mak Long sebab dekat rumah kena kemas dulu.. biasalah rumah kena tinggal tak ada orang.. esoknya lepas subuh, terus balik sebab tak sabar nak kemas rumah dan boleh bawak balik kakak.. keadaan rumah tak payah cakap lah kan, tahi cicak, tikus, lipas.. habuk, debu.. dah macam zoo dah rasa.. huhuu.. siap kemas nak unpack baju, sekali almari kena serang anai-anai pulak.. Allah!! duit dala tak ada nak beli.. terpaksalah simpan dalam luggage dulu.. bukan sehari amik masa nak kemas, seminggu lebih baru rumah siap dikemas.. barang rosak habis dibuang, barang tak cukup dah dibeli.. Lepas tu bawak balik kakak kat rumah..

Amik kakak kat rumah Along.. Along pulak duduk rumah flat tingkat 2.. dengan sakit belakang yang makin hari makin kerap sakitnya, gagahkan diri bawak turun kakak.. dalam kereta sampai jatuh-jatuh ke bawah.. tak pelah, nasib rumah tak jauh sangat.. lepas tu pergi praktikal.. sebab rumah dekat je dengan tempat intern tu, jadi satu kelebihan lah.. bila lapar balik pegi makan kat rumah.. kalau sempat, bawak bekal pegi office.. tapi selalunya ikat perut, balik petang baru makan.. tu pun kalau da lapa giler! selalunya balik ada je keje menanti, sampai tak ingat nak makan.. dalam group whatsapp kemain aku cakap lapar, da balik hilang semua rasa.. Mak Long biasanya akan paksa-paksa aku makan.. kadang tu sampai senduk nasi siap-siap sebab nak aku makan.. kalau tak dipaksa, 'nanti' dan 'kejap' yang akan menjadi jawapan.. mana perginya selera yang membuak-buak dulu entah..

Disebabkan aku tinggal berdua je dengan kakak yang kurang upaya, maka semua kerja rumah jatuh atas bahu aku.. perit! siapa cakap tak perit.. sejak arwah mak pergi 4 tahun yang lalu, aku rasa macam hilang semangat.. tapi dia selalu ada bagi semangat, sampailah aku berjaya kat menara gading.. sentiasa ada susah dan senang aku.. terima kasih sayang.. celik je mata, mulalah segala operasi rumah.. sebelum aku nak keluar, dah jadi kebiasaan, mesti buat kerja bagi siap dulu.. jenuh jugak nak fikir, mana nak cari duit bayar bil-bil dekat rumah, barang dapur, barang makan, barang mandi, segala keperluan.. perit sebenarnya.. belum masuk pempers, puting botol susu, botol susu, roti, kain, dan segala macam keperluan kakak lagi.. "sabarlah hati, kau mesti kuat.." itulah kata-kata yang selalu aku tiupkan dalam diri.. 

Saat-saat getir aku, hanyalah aku dan diriku.. jatuh bangunku sendiri.. bersyukur Allah menghadiahkan aku sahabat yang selalu bagi semangat bila aku jatuh.. sahabat yang nampak peritnya hidup aku depan mata dia.. bila mana terpaksa ikat perut sebab nak balik cuti.. masa ni banyak benda yang aku jadikan sumber semangat.. aku jadikan kakak sebagai semangat sebab aku tak nak dia susah nanti.. aku jadikan arwah mak sebagai semangat sebab mak selalu cakap nak anak dia berjaya walaupun dia tak ada masa nak raikan kejayaan anak tu.. dan awak yang selalu ada dibelakang saya, jatuh bangun, susah, senang saya.. 16 November tarikh keramat untuk saya, Hari Konvokesyen saya.. segulung ijazah ini akan ku hadiahkan untuk keluarga dan awak yang tersayang.. Impian dah jadi realiti.. 16 November, 6 bulan dah sepatutnya dari tarikh asal.. In shaa Allah, akan ada entry tentang 16 November nanti.. 10 hari je lagi.. 

*Maaf sayang sebab guna tenet awak nak update blog nih kejap.. entry ni da lama ada, cuba tambah sikit je.. terima kasih sayang untuk semuanya.. Me Love You!! 

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Thursday, 20 November 2014

KERANA SEMUANYA BERSEBAB

0 comments

Di mana datangnya kekuatan?

Ke mana perginya semangat?

Kenapa lemah yang berkunjung tiba?

Benarlah kata orang, susah sebenarnya nak lalui hari-hari yang mendatang.. biarpun hari ini kita bahagia, belum tentu esok kebahagiaan itu kekal jadi milik kita.. sebab langit tak selalunya cerah.. tapi tak mustahil sang pelangi akan datang menyapa.. siapa tahu kan? Sebab hari esok tak ada siapa yang dapat mentafsir.. baik kah dia? Buruk kah dia? Kan?

Dan benar lah juga kata orang, hidup tanpa orang tua bukan lah sesuatu yang mudah.. sebab? Setiap benda yang kita lalui takkan pernah sama dengan orang lain.. saat orang lain hilang semangat, mak ayah dorang akan bagi peransang.. Kita yang tak ada nih? Al-Fatihah yang mampu menemani diri kita.. sayang kan siapa yang ada mak ayah, tapi tak hargai saat hidup mereka..

Kadang-kadang terfikir, kenapa diri selalu diuji? Kenapa diri selalu ada masalah? Orang yang tak tahu, senang lah cakap.. buat cerita sana sini.. jaja benda yang belum tentu betul ke tak.. cakap ikut sedap mulut.. asalkan hati dia puas.. sebab berjaya buat kita rasa sakit hati.. tapi, tanpa dia sedar.. kalau dia aniaya kita, bukan ke dia yang susah nanti.. sebab doa orang yang teraniaya ni makbul kan?

Susah sebenarnya nak redha dengan semua yang berlaku.. dan lagi susah nak ikhlaskan diri terima semua ujian.. cakap senang lah kan? Tapii.. kita tak pernah fikir.. “Allah tak uji hamba-Nya jika hamba-Nya tak mampu.. Allah sayang kita.. kita bertuah sebab kita dipilih untuk diuji..”

Bersabarlah jika hatimu dilukai..
bersabarlah jika kesabaranmu diuji..
bersabarlah jika semangatmu dibawa pergi..
bersabarlah jika kau dicaci benci..
bersabarlah jika kau tertunduk jatuh..
bersabarlah jika semua membencimu..
bersabarlah duhai hati..
walaupun sabar itu terlalu sukar dierti..

Andai roh terpisah dari jasad.. saat itu mungkin baru ada yang mengerti..

mengerti apa itu kepayahan..
mengerti apa itu kesengsaraan..
mengerti apa itu kesusahan..
mengerti apa itu kesabaran..
mengerti apa itu kasih sayang..
mengerti apa itu pengorbanan..
mengerti apa yang kau lalui..

hari ni kita senyum, gembiranya rasa.. hilai tawa kita didengari.. macam nak bagitahu satu dunia yang kita tengah bahagia.. umpama dunia nih ana yang punya lah! Kenapa? Sebab kita nak orang lain rasa kebahagiaan yang kita rasa ni jugak.. tapi kenapa bila kita sedih, bila kita berduka, bila kita ada masalah, hanya orang tertentu je yang kita bagitahu? Sebab tak semua orang aka nada dengan kita di masa susah senang kita.. masa senang kita memang ramai yang akan dengan kita.. bila kita susah, nak mengaku kenal kita pun tak nak.. tapi bila senang, tiba-tiba cakap dorang kenal kita.. lumrah hidup!!

Sayang itu terhad.. kasih itu limit.. rindu itu pengubat.. cinta itu sukar..

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Tuesday, 7 October 2014

KERANA KEKUATAN ITU TAKKAN PERGI..

0 comments

Jatuh bangun tu lumrah kehidupan.. kejap kita naik, kejap kita turun.. tapi selalunya bila kita kat atas, kita memang selalu lupa siapa kat bawah kita.. ini realiti!! Bila kita kat bawah, kita selalu berharap orang kat atas tolong kita sebab kita tak nak selamanya kat bawah tu.. tapi penah tak kita terfikir, bila kita kat atas bukan kita ingat pun orang bawah kan.. (kalau pening apa maksud cik jah, baca lagi sampai faham k.. hehe)

Dulu mak selalu cakap, “BUKAN SENANG NAK SENANG, BUKAN SUSAH NAK SUSAH!” ini umpama kata keramat mak lah.. bila pegi kem TOT hari tuh, ayat yang sama diulang-ulang..buat aku rasa betapa dekatnya mak dengan aku.. tersenyum balik dengar perkataan tu.. bila kita nak senang, macam-macam benda datang menguji kita.. sampai kita rasa give up lah nak bertahan kan.. susah betul nak senang nih, macam-macam kena lalui.. tapi bila kita susah, bukan semua orang nak tolong kita.. percaya lah, nak dapat orang yang akan bersama kita susah dan senang tu susah okay.. sangat susah.. nak faham kita, situasi kita, perangai dan ragam kita.. siapa je nak bertahan kan..

Orang yang tak tahu latar belakang aku akan tanya,

“kenapa fon senyap?”

“Family tak call ke?”

“mak tak call ke?”

“ayah tak tanya khabar ke?”

“mak kerja apa? Ayah?”

Berat betul nak jawab soalan-soalan macam nih.. siapa aku nak salahkan dorang bertanya, sedangkan dorang tak tahu apa-apa pun.. bukan senang nak hidup tanpa mak.. bila kau susah, kau sendiri tak tahu nak mengadu kat siapa.. sebab tak aka nada orang yang akan faham kau macam mana mak kau faham kau.. dulu selalu kena rotan dengan mak pakai getah paip, tak pun kena siram air.. sampai terfikir lah, “mak ni tak sayang aku ke?” bila dah besar baru aku tahu.. itulah cara mak ajar aku..

Bila mak dah tak ada, kau akan rasa betapa susahnya hidup kau.. susah betul kau nak lalui hidup nih.. sampai lah kau fikir, “kenapa Allah amik mak dulu?” betapa tak redhanya kau dengan ketentuan Ilahi.. bila kau betul-betul perlukan kekuatan, kau sendiri berdoa agar kekuatan kau tak pergi dibawa angin.. kadang-kadang kawan pun boleh salah faham dengan kau.. tapi apa kan daya, kau memilih untuk memendam dari bercerita.. jadi mana mungkin kau salahkan dorang atas apa yang jadi kat kau kan..

Mak cakap, “Allah sayang adik, sebab tu dari kecik adik kena uji.. sebab tu dari kecik adik susah nak jalani hari-hari adik.. tak macam orang lain..” paling aku ingat, mak kata “jangan pernah berdendam dengan orang, jangan pernah seksa kakak, biar orang tak nampak kesusahan kita, biar je orang nampak kita happy selalu..” dan aku tak tahu kenapa, saban hari makin banyak perkataan mak yang aku ingat.. bila macam-macam dah jadi, dah terbukti depan mata.. Ya Allah, betapa aku perlukan mak..

Mak selagi boleh nak sorok semua susah dia dari anak-anak.. nak sembunyi semua kesedihan dia depan anak-anak.. kadang-kadang anak biadap melawan pun mak tahan je air mata tuh.. lagi sedih bila si anak tak sempat nak mintak maaf.. dulu sebelum tidur dah jadi kebiasaan, peluk mak, cium muka mak, dan akan cakap, “mak, maaf ye kalau ada salah adik..” dan bila mak dah tidur, peluk mak dan cakap, “adik sayang mak sangat-sangat!” masa tu ingat mak dah tido, sekali mak bukak mata.. KANTOIIII.. hhehe..

*biarlah orang buat kat kita, sebab aku percaya sumpahan dan kata-kata orang istimewa nih..
*dia mungkin busuk di dunia, susahkan orang di dunia.. tapi, dia yang akan tolong kita ke Syurga kelak..
*kerana kau harta berharga aku yang satu.. bertahan lah selama adikmu masih di sini menuntut ilmu..
*kelak aku akan menuntut mu.. semoga kau kuat dan utuh di sana..

                                                           

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye