28 April 2014 dah berlalu.. hari ni pun dah masuk bulan
baru, 01 Mei 2014.. hah, sebelum tu nak wish hari lahir Along kat sini.. Along
tu abang ziza no 1.. umur dah 36 tahun dah hari ni.. lahir pulak masa hari
pekerja ni kan.... hehe..
“Selamat Hari Lahir Along! Semoga panjang umur dan
dimurahkan rezeki.. Semoga berjaya menjadi ketua keluarga buat kak long dan 3
orang puteri.. Walau apa pun jadi, please keep strong.. kalau susah ke ada
masalah ke, mesti budak kecik ni jugak kena tadah telinga dengar.. kalau budak
kecik nih sakit, Along jugak jadi mangsa kena urut kan.. Selamat Hari tua abang
besar! Haha”
Haa, nampak tarikh pertama yg ziza tulis tuh? Tu tarikh
budak kecik aka cik jah aka jijah aka si gemok aka tweety aka adik aka Azizah..
haha.. kalau nak tulis semua nama gelaran nih, sampai esok pun tak habis.. pada
tanggal 28 April 1992 tepat jam 9.37 malam maka lahirlah insan yang bernama
Azizah Binti Aziz ni di muka bumi Allah.. diberi kesempatan untuk menikmati
kehidupan di muka bumi ni.. so, genaplah sudah 22 tahun roh pada jasad ni
dipinjamkan Allah.. Alhamdulillah.. moga ziza diberi peluang untuk berbakti di
atas muka bumi nih..
Tahun kedua hari lahir jatuh pada ketika badan di bumi
kenyalang.. ye, dah dua tahun rupanya.. tahun lepas di Kampung Beradik atas
program koko.. pengalaman yang best, sebab masa nak g sana kena naik bot. lebih
kurang
45minit baru sampai..so, bayangkan macam mana mereka keluar hari-hari?
Masa yang singkat, tapi pengalaman kat sana memang terbaikk!
Tahun nih, jatuh pada hari isnin.. hari perkuliahan seperti
biasa.. kelas 8 pagi sampai 1 petang..1 kelas,
dan dua kelas tutorial.. sebelum pegi kelas, ziza berdoa tak ada siapa
yang tahu hari tuh hari lahir ziza.. sebab? Ok, ziza tahu budak IE
(International Economic) batch ziza ni kalau tahu besday akan menyanyi..so,
ziza malu nanti.. lega bila habis kelas still berjalan seperti biasa..
tapiiiiiii…… bila habis je kelas tutorial Research Methodology, tiba2 dorang
nyanyi.. ziza yang blur, ikot nyanyi sama.. hahaha..macam tersedar dari mimpi,
baru teringat itu besday ziza bila nama ziza dorang sebut.. weyyy..malu okay..
blushing tak payah cakap lah kan.. kulit yang tak berapa nak putih ni pun Mei
Qi dah tegur kenapa muka merah.. hahah..
btw, korang memang terbaikkkk!! Kelas tutorial RM tuh, ziza
sorang je perempuan Melayu.. hehe.. sejak sem lepas, kawan2 ziza lebih kepada
cina.. group assignment pun dengan cina..
“ehh.. taka da kawan ke kau ni cik jahh oii?”
‘bukan tak ada kawan.. Cuma kadang2 ziza rasa jauh lebih
seronok berkawan dengan cina india ni taw’
“kenapa? Dah pupus ke Melayu kelas kau?”
‘amboiii.. tak sayang mulut tuh.. bukan pupus, tapi lebih
kepada buat hal masing-masing..’
“kenapa macam tuh? Tak bestnyaaa..”
‘tak pelah..buat hal masing-masing..kau hidup kau, aku hidup
aku.. aku hanya insan biasa yang tak lari dari
kesilapan..aku belajar untuk perbaiki diri menjadi muslimah sejati.. kalau tak bole nak terima dan anggap semua tu berpunca dari aku, aku mintak maaf sangat2..andai kau tahu betapa aku menyayangi erti persahabatan, kau akan rasa apa yang aku rasa.. semoga kalian bahagia..’
*aku dah pun bercakap jujur pada mereka yang terlibat, tapi andai kau anggap kata-kata aku dusta, aku tak boleh nak buat apa.. biarlahh.. bukan mudah nak jaga hati semua pihak.. yang penting Allah tahu segalanya.. kau pusing lah cerita macam mana pun.. kebenaran, tetap kebenaran..
Ok, dah-dah..dah habisss! Hehe.. ok, sini nak sambung cerita
tadi.. dulu, masa arwah mak ade.. setiap kali nak keluar rumah mesti akan salam
mak.. cium pipi kanan, pipi kiri, dan dahi..kadang2 hidung pun nk cium..
hahah.. sayangnya lah aku kat mak, tak tahu macam mana nak gambarkan.. ok, bila
hari lahir aku sampai.. biasanya bangun pagi je, mesti mak orang pertama yang
ucapkan.. bukan hanya ucapan, tapiii.. penuh dengan doa dan harapan..bayangkan,
bangun pagi je mak dah ucap selamat hari lahir..dikucupnya pipi kanan dan kiri
anaknya ini..terharunya lah haiii kalau pagi-pagi macam tuh.. berpelukan lagi dengan mak..sugguh rindunya diri ini pada detik-detik indah sebegitu..
Dan kalau masa tuh jatuh hari sekolah.. mak akan sediakan
macam buah tangan lah untuk kawan-kawan kelas..tapi tu masa sekolah rendah
okay..masa kat tempat ngaji, mak buatkan pulut kuning..hantar kat surau lagi
masa tuh..ucapan dari mak pun dah cukup bermakna, ni kan pulak mak bagi orang
makanan..kata mak,tak apalah..kongsi sama-sama dengan orang lain..apa saja mak
buat untuk anak bongsu dia nih..ziza antara anak yang banyak ragam antara
adik-beradik lain..tu kata mak lah..hehe..
Nak pegi sekolah, masa salam mak..mesti mak kucup lama
ubun-ubun aku..mak cakap nak aku jadi orang yang berguna..jadi orang yang boleh
banggakan dia sebagai seorang ibu..pesan mak lagi, jangan pernah sia-siakan
kakak..senang macam mana pun ziza nanti..mak cakap, kalau mak tak ada..kakaklah
harta paling berharga yang ziza kena jaga..bila malam, 9.37 malam mak akan ucap
lagi.. istimewanya dia di hati nih..terasa hangatnya kasih sayang tu..sebelum
tidur, mak mesti tengok muka ziza lelama..bila tanya kenapa tengok, mak cakap
adalahh.. berahsia betul..
Tapiii.. sekarang nih.. kau lalui lah sendiri ye
Azizah..kini baru kau tahu betapa bernilai dan berharganya seorang ibu tu di
masa hidupnya..senangnya untuk anak-anak..susahnya untuk diri sendiri..rela
bersusah payah untuk anak..apa yang ziza nak cakap sekarang, ziza jeles tengok
orang yang ada mak ayah, tapi dipersiakan kedua orang tuanya tu..awak, andai
awak kat luar tu tahu betapa bernilainya mereka dalam hidup awak, pasti awak
akan menghargai mereka..hargai, kasihi,sayangi, dan bahagiakan mereka di masa
hidup mereka..bukan tangisan penyesalan yang berkunjung tiba bila mereka dah
tiada nanti..
Sekian sahaja coretan untuk kali ini.. jumpa lagi di entry
akan datang..
#AL-FATIHAH BUAT
BONDA TERSAYANG.. CHE ESAH BINTI TAUHID#
SEMOGA KAU BERADA
DALAM KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN DIKASIHI ALLAH..
AMINNN….
1 comment:
komen? no komen
Post a Comment