::KATAKU::

kitA hAnyA iNsAn biAsA yAnG tAk mAmpU uNtuK puAskAn hAtI sEtiAp iNsAn LaiN..yAnG pEntinG kitA tAhU siApA diRi kitA SudAh mEmAdAi

::BILA HATI BERSATU::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 8 December 2012

saya SAYANG mereka!

1 comments

Heyy! Lamanya lah tinggalkan blog ziza yg tersayang nih.. rindu pula nak mencoretkan sesuatu kat sini, btw.. korang sume sihat?diharapkan semuanya sihat2 belaka lah ye.. jaga kesihatan okay? J cuaca sangat tak menentu skrg..ziza tak tahu kat senanjung mcm mna, tapi di bumi kenyalang macam tuh lah gamaknya kan.. hehe..

Entry nih kan, tiba2 je nak cerita tentang sahabat2 ziza yang tersayang nih.. walaupun penah ade entry tuh kan sebelum nih? Tak pelah.. J mood nih datang sebab ziza baru je habis tengok cerita Hindustan..ha.. ha.. jgn komen kay! Hehe.. tadi tengok cerita “3 Idiot”.. memang sangat2 lah banyak pengajarannya.. belum tengok? Cuba tengok k..masa tuh korang akan paham apa ertinya sahabat dalam hidup kita..bukan di masa senang, malah menemani kita masa kita susah jugak..itulah sahabat sejati.. menerima kekurangan dan kelebihan kita..bukan yang hanya mengambil manfaat di atas  kelebihan yang kita ada.. setuju?? ‘awak fikir, awak tentukan’..

Kalau nak diceritakan satu persatu mmg tak sempat lah kan.. so, jgn terasa kay bagi mereka yang tak ada di entry kali nih.. anda tetap di hati saya! Cehh.. hee.. kita mulakan dari sekolah rendah dulu kay..kami bersahabat dari tadika lagi.. sampai sekarang masih bersama walaupun jarang bersua..ada di antaranya yang tak berapa nak rapat dulunya, tapi sekarang kami masih utuh bersama.. rumah kami sangat dekat..mungkin sebab tuh kami masih bersama kot..

Maaf bad, ainan, adah, & zana sebab pic korang tak ada..
Pendrive rosak, pic sume hilang.. sangat sedih.. L
*dari kiri depan ke belakang- mela, umi, kina, ika, ina, rina, n ziza..

Hingga ke sekolah menengah mereka masih lagi bersama ziza.. sangat sayang kat mereka..mereka nih umpama keluarga ziza.. kalau susah mesti dorg tolong..selagi termampu lah kata orang tu kan..yang gambar seterusnya nih, mereka semua nih bff ziza..Cuma kawan kay! Jangan pk lain taw kalau ada pic boy kat pic bawah nih.. hehe..

~Kiri AMELIA kana UMMIRAH~

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Wednesday, 31 October 2012

BUMI KENYALANG :))

0 comments
fuhh! fuhh! banyak nya habuk2 kat blog nih..hehe..biasalah, ziza nih memang bz je memanjang kan? entry kali nih ziza nak cerita tentang pengalaman ziza 2 bulan di BUMI KENYALANG..ye, di bumi Sarawak..kenapa bumi kenyalang? sebab ziza menuntut di sana.. ALHAMDULILLAH, penantian ziza dan rakan2 berbulan2 lamanya membuahkan hasil.. ziza kini sah menjadi mahasiswi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)..ziza juga merupakan pelajar Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEB)..ziza amik kos Ekonomi Antarabangsa..dengan harapan ziza mampu bertahan dgn kos nih.. :)

minggu pertama tiba di bumi kenyalang, nasib tak menyebelahi ziza.. sebab? ziza keracunan makanan masa hari pendaftaran.. ok, sangat sakit dan sangat tak bermaya.. keesokkan harinya pula ziza dah mula dengan orientasi @ dikenali sebagai Minggu Aluan Pelajar (MAP).. ziza ditempatkan di Kolej Bunga Raya (BRC) level LG..sangat best lah pada ziza dengan keadaan rumah dan kawasan rumah tuh..minggu MAP sangat2 lah penat..adatlah kan, kata pun orientasi..minggu nih kalau sakit semua akan dilayan..best lah kan? hehe.. BRC nih kolej yg kuat jgk lah dalam unimas nih..

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Monday, 18 June 2012

walaupun PAHIT, MANISnya masih ada

3 comments

fuhhh!! banyaknya habuk kat blog nih.. dah bersawang-sawang dah blog ziza nih kan.. apa boleh buat, akhir2 nih ziza agak busy dengan macam2 hal..entry kali nih ziza ingin meluahkan rasa.. blog menjadi medan kedua ziza meluahkan rasa selepas si pujangga hati.. rindu ziza makin menebal.. sayang ziza masih tersimpan rapi di hati buat insan yang ISTIMEWA di hati dan hidup ziza..

17 jun 2011 yang lalu, ziza kehilangan dia.. sekarang jam di lappy ziza menunjukkan 11.47 malam.. dah setahun dah dia tinggalkan ziza.. 6:30 pagi tadi genap setahun.. "dah setahun dah mak tinggalkan adik mak.. rindunya tak terhitung banyaknya.." bukan mudah untuk ziza harungi macam2 benda yang mendatang tanpa insan yang bergelar ibu.. dan bukan mudah untuk ziza bangkit kembali setelah jatuh.. benarlah kata orang, tanpa mak kita bukan siapa2 di dunia.. pada mulanya ziza sendiri susah kawal emosi.. ziza kehilangan mak untuk selamanya.. bukan sahaja mak, malah ayah juga pergi bersama mak.. ziza dibesarkan tanpa insan yang bergelar bapa.. mak adalah ibu, ayah, kawan, dan sahabat ziza.. dalam masa yang sama ziza kehilangan segalanya..

... mak.. mak selalu cakap, kalau kita tak kuat, Allah tak uji kita.. kalau kita tak mampu, Allah tak bagi kita.. nak mengadu kasih, tiada tempat.. nak cerita pada kawan, teman, sahabat? semuanya ada kehidupan dah mak.. tapi haniff tetap menjadi pendengar setia adik lepas mak tak ada.. akhir2 nih adik selalu mimpi mak..

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Thursday, 3 May 2012

28 APRIL 2012 akan ku ABADIKAN segalanya!

4 comments
Assalamualaikum! hehe.. sekarang da 2hb mei.. ish.. da lme r lepas tarikh 28 nih kan? memang dah lepas pun.. tapi deq kerana ziza tak sempat nak update entry nih, so memang lah jadi lambat kan.. ada apa ye 28 april nih? hehe.. waaaahhh!! ini tarikh keramat dalam hidup ziza kot.. cuma tahun nih, ada yang lainnya.. tak macam sebelum2 nih..meh ziza share sikit pe yang best sangat tarikh nih pada ziza.. :)

mula2 28 April besday ziza.. hehe.. alamak, dah 20 tahun lah ziza.. dah cukup matang dah kalau untuk seorang perempuan kan? hehe.. tak pe2, still muda lagi ok.. huhu.. besday ziza, pujangga hati bagi hadiah.. comel sangat.. tahu tak dia bagi apa? dia bagi ziza puzzle yang ada gambar ziza dan ucapan2 manis.. sweet sangat.. ziza tanya, " kenapa letak gambar nih? " dia cakap, " dalam gambar nih, awak nampak cubby " .. yooo! gambar yang cubby jugak die nak amik.. amik lah edisi kurus sikit.. hehe.. apa pun, puzzle itu sangat comel.. LIKE IT! hehe.. edisi malam, angah ziza bawak pegi makan.. peghh! makan besar lah kan.. dengan anak buah ziza dan adik kakak ipar ziza.. hehe.. tapi, tiada seri nya juga jika BONDA tercinta tiada di sini meraikan detik keriangan.. AL- FATIHAH~

Ok yang kedua, 28 April 2012 ziza dapat anugerah kualiti dari pihak sekolah.. sangat HAPPY rasa hati.. mana tidak nya, sepanjang ziza kat skol tuh, tak pernah dapat anugerah atas pencapaian exam ziza.. "tu lah, banyak sangat main kau nih ziza.." hehe.. anugerah koko tuh penah lah dapat.. so, memang tersangat lah teruja bila di undang dengan majlis segah nih kan.. ALHAMDULILLAH ziza

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye