::KATAKU::

kitA hAnyA iNsAn biAsA yAnG tAk mAmpU uNtuK puAskAn hAtI sEtiAp iNsAn LaiN..yAnG pEntinG kitA tAhU siApA diRi kitA SudAh mEmAdAi

::BILA HATI BERSATU::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 16 December 2013

_TERSENYUMLAH WAHAI HATI_

0 comments
akhir- akhir nih rajin pulak ziza bukak Youtube.. macam-macam ziza tengok, dari lagu, ke cerita, ke kartun.. hey, sume benda nak tengok.. tiba-tiba ziza tengok satu video ni, memang sangat berguna.. meh ziza kongsikan apa yang ada.. sangat berterima kasih kepada awak yang buat video tu.. really-really appreciate it.. mehh scroll bawah tengok apa isi kandungannya.. sangat bermanfaat.. :) 

Saat kita menempuhi onak duri dunia
Derita sekali sekala mencuit hati
Hati remuk menangis tidak henti
Kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati
Ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi
Dalam terharu.. air mata tertumpah juga 

Wahai hamba Ilahi
Begitulah kehidupan di dunia
Kita tidak akan sesekali dapat menjangka
Apa yang Allah aturkan untuk kita
Adakalanya kita tersangat gembira
Adakalanya kita tersangat kecewa 
Jangan risau manusia 
Allah itu Tuhan kita
Tuhan Yang Maha Luas Kasih Sayang-Nya

Percayalah.. Allah tidak akan menduga hamba-Nya
Kecuali untuk melihat hamba-Nya
Tersenyum di sanaTertawa di sana

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Wednesday, 4 December 2013

Sarawak tempat menimba ILMU.. Puchong tetap di hati..

0 comments

hari ni dah 04 Disember 2013 dah.. bulan depan dah boleh balik Puchong.. orang lain semua pulun nak beli tiket fight dah.. aku nih buat tak tahu je.. bukan tak nak balik, tapi peristiwa masa dua sem lepas bagi aku pengajaran sebenarnya.. kisahnya, biasa lah first year kan, pantang tiket murah mesti nak beli.. sanggup beli tiket masa awal cuti, kes nak balik punya pasal.. sebenarnya, tarikh exam tu yang penting.. kalau habis exam awal, awal lah boleh balik.. exam ziza pulak untuk 2 sem yang lepas habis seminggu awal dari tarikh cuti.. haa, kan dah kena duduk dekat Sarawak ni lama2.. tuh lah padahnya.. :)

kalau ikotkan, Sarawak ni lagi dekat masa perjalanannya kalau nak dibandingkan dengan Selangor-Terengganu, Selangor-Kedah, even Selangor-Perak tu sekalipun.. itu pun kalau Perak yang dah dekat bahagian utara tu lah kan.. hee.. yelah, kalau dari rumah ke airport, tak sampai sejam pun dah sampai.. masa dalam fight plak 1jam 45minit.. kadang2 tu, 1jam 30minit je dah sampai Bumi Kenyalang ni.. lebih kurang 2 jam lebih ke 3 jam lah jugak dah sampai dah walaupun terpisah dek Laut China-Selatan kan.. 

Yang bestnya tuh boleh naik flight lah kan.. kalau ziza tak tercampak dekat Sarawak ni, mungkin jarang2 lah dapat naik flight.. tapi bila dah kat Borneo nih memang itu je transport yang ada untuk balik Selangor tu.. tapi, kalau kecemasan memang susah lah ceritanya kan.. duit untuk tiket kena ada kalau masa2 terdesak ni.. lain pulak dengan kawan2 ziza yang belajar kat Utara, Timur,  Selatan Semenanjung Malaysia.. dorang ada banyak alternative lain yang boleh guna.. ada bas, teksi, train, KTM, and boleh jugak amik flight kalau emergency kan.. best jadi dorang sebab dorang boleh try mcm2 jenama bas.. bila balik cuti, mesti dengar dorang cerita tentang bas yang best.. happy je dapat dengar cerita dorang..


berlainan universiti, berlainan negeri, berlainan bidang..namun kami tetap punya cerita yang sama iaitu masalah bas.. hahhaha.. kat U ni memang tak boleh elak dari masalah bas.. kadang2 bas banyak, tapi tak ada pemandu.. ada jugak bas banyak, tapi tak boleh guna selalu sebab usia bas tu dah tua.. biasalah, bas banyak berjasa bawak budak2 U yang duduk dekat luar kampus untuk masuk kampus kan.. apa pun, nikmatnya tetap terasa bila kita dapat naik bas tu walaupun berdiri bersesak2.. bukan ziza sorang, tapi semua orang pun akan rasa benda yang sama..

oklah, ziza berhenti kat sini pulak ye.. tapi, kawan2 ziza bukanlah ade kat U yang tiga ni je, tapi U kat atas ni nak menggambarkan tempat je.. hehe.. kawan2 yang kat tempat lain jangan terasa hati okay, sebab ziza still ingat korang semua.. terutama sayang2 #FG saya.. hehe.. nanti free2 lagi, akan ziza update entry baru.. mungkin entry dah sampai Puchong pulak.. hehe.. 

Homesick! Rindu Rumah! Rindu Kakak! Rindu Family! Rindu Muhammad Haniff! Rindu Puchong! Rindu Selangor! :)

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Sunday, 20 October 2013

dalam MENERIMA, kita perlu MEMBERI juga..

0 comments

Dalam menerima kita patut memberi.. kadang-kadang kan, hidup ni kita tak boleh nak jadi PENERIMA je taw.. bak kata orang, PENERIMA TEGAR! Haa, faham kan dengan perkataan tu? Kerja kita tahunya nak terima je semua benda.. kita tak nak bagi apa pun.. dalam memberi pula, bukan bermaksud kita kena bagi wang ringgit semata-mata..banyak benda yang boleh kita beri, tapi agak-agak lah kan..

MEMBERI :
1)      Kita boleh bagi wang ringgit kalau kita mampu sebenarnya.. tapi kalau kita tak mampu, jangan lah bagi.. diri sendiri pun kita tak lepas ni nak bagi orang.. tapi tak salah kan kalau kongsi? Tak banyak pun, sikit..

2)      Masa yang kita ada.. contohnya lah kan, kalau kawan kita dalam kesusahan, kita bole luangkan masa kita dengan dia..bukan kawan je, adik –beradik, keluarga, atau sesiapa je yang perlukan kawan untuk mendengar masa tu.. kan?

3)      Pengalaman mengajar kita.. kalau orang tu tak ada pengalaman, kita boleh je share pengalaman yang kita ada.. contohnya, kalau dia ni tak pernah alami saat2 getir yang pernah kita lalui, kita boleh je share dengan dia kan? Tak salah berkongsi pengalaman.. tak kisah lah pengalaman tuh kisah happy atau sedihkan pun.. yang patut je lah, kalau peribadi sangat tu tak payah lah share k..

MENERIMA :
1)      Kalau orang dah bagi, kita terima je lah.. jangan lah dok sibuk nak complain tu ini tak suka lah apa lah kan.. sekurang-kurangnya jaga lah air muka dia depan kita.. kalau kita cakap tak suka, mesti dia kecik hati nanti.. cuba letak diri kita dekat tempat dia.. mesti kita sedih kan..

2)      Barang misalnya.. kalau kita selalu je nak dapat barang dari orang pun susah jugak kan? Contohnya lah kan, ada barang yang kita berkongsi dengan orang lain, tapi orang tu je yang selalu beli selalu tambah bila habis.. agak-agak kan, malu tak jadi diri sendiri? Yelah, selalu nak terima barang dari orang je, padahal kita guna jugak kan? Tak adil kan macam tu? :D

3)      Cacian dan hinaan orang.. bukan senang nak hadapi benda macam tu, tapi selalunya Allah takkan uji kita sebenarnya kalau ujian tu diluar kemampuan kita.. bersyukur sebab Allah sayangkan kita, sebab tu kita diuji.. ziza pun pernah give up sebab mulut orang.. tapi satu nasihat kawan ziza kat semenanjung tu, “ziza ni selalu sangat fikir apa yang orang cakap pasal diri ni.. lepas tu stress than mulalah fikir kenapa dia cakap macam tu lah apa lah blaaa blaa blaa..” lepas tu ziza mula terfikir disebalik maksud yang dia cakap and ziza pegang satu benda “mulut orang kita tak boleh tutup macam tutup tempayan..” kan?

Entry ni pandangan ziza je.. kalau sesuai bole je korang faham-fahamkan.. hehe.. btw, ziza sangat berterima kasih sebab ada kawan macam Si X ni sebab kadang-kadang betul apa yang dia cakap.. walaupun ziza tahu dia tak berapa nak suka kat ziza dari dulu lagi sebab satu kes dulu..tapi ziza still sayang dia sama macam kawan-kawan lain.. ziza tak bezakan dia, sebab ziza sayang hubungan persahabatan kitorang yang dah terjalin bertahun lamanya dan masih berhubung sampai sekarang ni.. ziza cuma fikir, dia tak suka perangai ziza yang satu tu mungkin betul.. ziza tak salahkan dia pun..

*saya sayang #FG saya sampai bila-bila.. mereka kawan terbaik yang saya ada.. mereka keluarga saya.. mereka sahabat saya.. mereka keceriaan saya.. mereka kegilaan saya.. *

Rina, Adah, Ina, Mela, Umi, Ziza, Bad, Kina, Zana, Ainan, Ika



Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye

Saturday, 19 October 2013

Sandiwara Cinta

0 comments
sem ni ziza rasa suka sangat dengan lagu ni.. walaupun ziza rasa ada benarnya lagu ni dalam kehidupan ziza dan si kecik.. tak kisah lah awak nak putar belit cerita apa pun dekat orang kat luar sana, hakikat dan kebenarannya tetap sama.. saya ada Allah Yang Maha Mengetahui akan semua nya.. teruskanlah Sandiwara awak tu.. Lagu ni lebih pada diri sendiri.. 

Lirik Sandiwara Cinta – Repvblik

Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Airmata pun tak lagi mau menitis

Alasan yang sering kali ku dengar
Alasan yang sering kali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku


Chorus
Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mahu
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu


Ulang Chorus 2x
Ku terima walau sakit hati

MAAF! saya juga pernah silap.. saya juga pernah alpa.. jadi saya sendiri tak rasa untuk jadi SEMPURNA cuma saya belajar dari apa yang saya silap.. silap sekali, tak bermakna saya akan terus sedar.. saya akui!! tapi bila saya sedar, saya cuba untuk tak ulang..

Dah Baca Jangan Lupa Komen Ye